Skip to main content

Chong Wei sendirian di England

Jurang lebar dengan remaja

'LONE Ranger.' Watak koboi popular dalam cerita barat itu seharusnya kini menjadi milik perseorangan lelaki negara, Lee Chong Wei dalam mengejar kejuaraan berprestij Seluruh England, awal Mac ini.

Jika dalam watak 'Lone Ranger', wiranya dibantu 'tonto', tetapi bagi Chong Wei dia harus menggalas misi mengejar kejuaraan yang diidamkan ini secara berseorangan kerana tiada watak sokongan diberi daripada pemain kebangsaan yang lain dalam erti kata sebenar.

Inilah hakikat yang diakui sendiri ketua jurulatih Rashid Sidek, betapa jurang antara Chong Wei dengan pemain kebangsaan yang lain begitu jauh, hingga sukar untuk rakan sepasukan beraksi di Seluruh England, meninggalkan jaguh kebangsaan ini berseorangan di berdepan dengan barisan pemain China, Indonesia dan Denmark.

Tidak dinafikan bahawa Wong Choong Hann, Sairul Amar Ayub dan Lee Tsuen Seng mungkin beraksi di Seluruh England, tetapi mereka bukan daripada kem latihan kebangsaan sekali gus menunjukkan betapa sukar tugas Rashid untuk melahirkan pemain menghampiri kaliber Chong Wei.

"Memang apa-apa kejohanan sekarang, Chong Wei memikulnya secara bersendirian," kata Rashid.

"Seluruh England juga tidak berkecuali kerana hanya dia seorang yang layak dan tahap pemain muda yang lain dalam skuad kebangsaan begitu jauh.

"Saya akui ada sedikit kelemahan di sini terutama jurang antara pemain utama dan barisan sedia ada. Memang bebanan ke atas Chong Wei cukup tinggi di Seluruh England nanti kerana dia menggalas semuanya.

"Sebelum ini ada Hafiz dan Roslin (Hashim) dan Choong Hann, yang tahap permainannya tidak jauh daripada Chong Wei dan mereka ini boleh bertindak selaku pengacau dalam undian, tetapi sekarang Chong Wei terpaksa melakukannya secara berseorangan tanpa bantuan rakan-rakan." kata Rashid.

Kelmarin, Rashid memberi bayangan bahawa hanya Chong Wei akan menggempur arena Seluruh England daripada skuad latihan kebangsaan dengan barisan pemain mudah di bawah pimpinan Rashid seperti Chong Wei Feng, Mohd Arif Latif, Liew Daren dan Tan Chung Seang, sekadar memang watak pemerhati.

Justeru, Chong Wei, yang mensasarkan mahkota Seluruh England sebagai matlamat utama musim ini, menghadapi laluan yang

"Saya berharap Chong Wei akan dapat menggalas beban ini," kata Rashid. "Memang agak menyedihkan melihatkan Chong Wei terpaksa menghadapinya secara berseorangan tetapi ini adalah hakikat bahawa pemain muda kita masih jauh tahapnya dengan Chong Wei."

Berita HArian

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...