Skip to main content

Elak 'kecoh' dengan Fifa

Pastikan niat murni nak bantu FAM tak disalah erti: Ismail

SASARAN utama pertemuan di antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah bagi membantu menyelamatkan sukan bola sepak negara yang terus-terusan menanggung aib.

Pada masa sama, KBS terpaksa berhemat memastikan niat murni yang ingin membantu membela maruah sukan ini, tidak dilihat oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) sebagai cubaan campur tangan kerajaan dalam badan sukan negara.

"Itu sebabnya kita ingin mengadakan pertemuan dengan FAM Rabu depan. Ini perbincangan rasmi yang pertama (menyusuli pertemuan tidak rasmi sebelum ini)," kata menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas menyampaikan insentif kecemerlangan sukan kepada atlit remaja negara di Kompleks Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, semalam.

Ditanya ke mana hala tuju rundingan terbabit, Ismail Sabri membayangkan betapa terlalu banyak perkara yang dilihat membelenggu dunia bola sepak negara sehingga menyaksikan prestasi skuad kebangsaan begitu mengecewakan.

"Banyak perkara yang akan kita bincangkan. Bukan masalah kewangan saja. Mungkin aspek struktur juga perlu dikaji semula. Kita mahu melihat secara menyeluruh, struktur kelab, kejurulatihan, pemain dan sebagainya.

"Mungkin turut dibincangkan adalah dalam aspek perlembagaan terutama membabitkan pembangunan sukan ini di peringkat daerah. Kita perlu galakkan lebih banyak kelab didaftarkan di daerah dan perlu kaji sama ada ia melanggar perlembagaan FAM atau tidak.

"Pertemuan Rabu depan akan turut disertai Ketua Setiausaha KBS (Datuk Mohd Yasin Saleh), Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) (Datuk Zolkples Embong) dan mungkin FAM akan menghantar Timbalan Presidennya, Khairi Jamaluddin serta Setiausaha (Datuk Azzudin Ahmad)," katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri menjelaskan, Mini Olimpik Malaysia yang dicadangkan ketika Konvensyen Sukan Kebangsaan, bakal diadakan pada Ogos depan dan memberi masa dua minggu kepada MSN memperincikan butiran temasya sukan itu.

"Mini Olimpik Malaysia lebih memberikan tumpuan kepada acara yang dipertandingkan di Olimpik dan menjadi satu lagi temasya sukan selepas Sukma yang sebelum ini dilihat sebagai medan membentuk pelapis negara," katanya.

Pada majlis berkenaan, atlit pelapis kebangsaan yang meraih pingat emas di Sukan Komanwel Remaja di Pune, India tahun lalu menerima imbuhan RM 2,000 untuk pingat emas, perak (RM 1,000) dan RM 750 untuk gangsa.

Bagi atlit yang membawa pulang pingat pada Festival Olimpik Remaja Australia, pertengahan bulan ini, mereka menerima insentif RM 1,000 untuk emas, RM 500 (gangsa) dan gangsa (RM 300).

Warga sukan turut mengambil kesempatan pada majlis itu menghulurkan sumbangan RM 10,000 untuk Tabung RM1 Palestin, bagi membantu meringankan penderitaan masyarakat Palestin yang diserang oleh rejim Israel.

Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...