MEJAR (B) Jasni Shaari menyuarakan tekad besar mahu menambah lagi bilangan penembak negara yang bakal bersaing di pentas antarabangsa, khasnya di Sukan Olimpik 2012 di London.
Setiausaha Eksekutif Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) itu memberi reaksi awalnya selepas menamatkan perkhidmatan selama 36 tahun sebagai pegawai dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula, kelmarin.
"Saya mempunyai lebih banyak masa sekarang dan boleh memberi tumpuan kepada sukan menembak," kata bekas penembak kebangsaan itu.
Menurutnya, sebagai permulaan dia akan melaksanakan segala perancangan yang diatur sepanjang tahun 2009 dengan tumpuan kepada tiga kejohanan terbesar di rantau Asia dan Australia.
Kejohanan yang menjadi keutamaan itu ialah Festival Olimpik Remaja Australia di Sydney minggu depan, Sukan Remaja Asia di Singapura pada Julai dan Sukan Sea Laos, Disember ini.
Selain itu tumpuan juga diberi kepada kejohanan menembak tahunan Asia Tenggara, Piala Dunia ISSF di Korea, Beijing, Munich dan Milan bagi melahirkan penembak berbakat ke arah Sukan Olimpik 2012.
Pada Olimpik 2008 Beijing, skuad Malaysia hanya diwakili oleh penembak pistol negara, Hasli Izwan Amir menerusi merit selepas memenangi pingat perak di Kejohanan Menembak Asia di Kuwait pada 2007.

Comments
Post a Comment