Skip to main content

Karim ambil sikap 'cuci tangan'

bhsukan@bharian.com.my




MOM gesa lebih ramai atlit tampil luahkan bantahan pelantikan pegawai

TIMBALAN Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) Karim Ibrahim tampak 'cuci tangan' dalam isu pelantikan pegawai yang didakwa terbabit dalam 'perlakuan meragukan' sebagai anggota jawatankuasa kejurulatihan dan pembangunannya apabila menyerahkan kepada presidennya, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk menjawab.

Ini di sebalik kenyataan terdahulu Karim yang dipetik sebagai berkata akan hanya mengulas mengenai perkara itu apabila ada atlit yang menyuarakan perasaan mereka kepada akhbar.

"Saya tidak mahu mengulas apa-apa mengenai perkara ini," kata Karim. "Saya tidak ada apa-apa lagi yang mahu diperkatakan. Lebih baik persoalan ini diajukan kepada Presiden KOAM."

Karim mengeluarkan kenyataan itu ketika diminta mengulas kenyataan jaguh lompat bergalah wanita, Roslinda Samsu, kelmarin yang membidas tindakan KOAM melantik pegawai terbabit dalam jawatankuasa yang dipengerusikan Karim sendiri.

Selasa lalu, ketika diminta mengulas mengenai pelantikan pegawai terbabit, Karim dipetik sebagai berkata: "Atlit bising, saya tidak boleh buat apa. Saya tidak dengar pun ada atlit yang melenting atau marah. Biar mereka cakap kepada akhbar. Selepas itu baru saya mahu ulas."

Kegusaran atlit turut disuarakan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) apabila menegaskan betapa lebih ramai atlit perlu tampil berani untuk meluahkan bantahan berhubung pelantikan pegawai terbabit.

"Kebimbangan ini nyata berasas kerana pegawai terbabit dilantik menduduki jawatan yang mempunyai kaitan langsung dengan atlit. Kita berharap atlit berani tampil mengemukakan aduan rasmi berhubung perkara ini," kata Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi.

Kok Chi turut memuji tindakan Roslinda yang mengetuai rakan-rakannya mendedahkan perkara ini, tindakan yang dianggap wajar demi menjaga hak dan kepentingan atlit.

"Atlit perlu wajar menuntut segala hak mereka kerana daripada kudrat mereka negara memperoleh sebarang pingat. Tindakan mereka yang berani menyuarakan hak dan mahu menjaga keselamatan diri membayangkan kematangan atlit terbabit," katanya.

"Bagi MOM, kita boleh memulakan siasatan andai mendapati persatuan gagal membela dan menjaga keselamatan atlit. MOM boleh mengambil tindakan sewajarnya jika persatuan gagal bertindak," katanya.

Ahad lalu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengarahkan KOAM menimbang semula keputusan melantik pegawai terbabit kerana tidak mahu perkara itu berlarutan sehingga menjejaskan atlit selain mencetuskan kebimbangan ibu bapa menghantar anak mereka menyertai kem latihan negara.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...