Skip to main content

KBS penuhi hajat besar badang


ISMAIL Sabri (kiri) ketika mempengerusikan mesyuarat bersama sebahagian atlit angkat berat di MSN Bukit Jalil, petang semalam.

BADAI yang ditempuh badang negara, berakhir indah seperti diidamkan apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta merta menyahut panggilan kecemasan mereka lalu menokhtahkan segala permasalahan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam berkata kementerian mengambil keputusan bahawa semua atlit elit, termasuk senior kebangsaan kini dilatih oleh jurulatih dari China, Lin Xin Hui.

"Saya sudah bertemu dengan wakil atlit, wakil persatuan (Persatuan Angkat Berat Malaysia PABM) serta pegawai jurulatih dan membuat keputusan bahawa jurulatih dari China akan melatih atlit elit dan senior kebangsaan.

"Pada masa sama, persatuan perlu mengemukakan seorang calon jurulatih yang berkelayakan untuk mengisi satu lagi kekosongan jawatan jurulatih untuk pasukan angkat berat negara," katanya di Kompleks Sukan Bukit Jalil, semalam.

Ismail Sabri bertindak pantas menangani kemelut yang melanda di kem latihan angkat berat negara sejurus pendedahan Berita Harian, Ahad lalu berkaitan kegelisahan lima atlit senior kebangsaan berlatih dengan jurulatih yang menjadi 'pilihan' persatuan.

Difahamkan dalam pertemuan itu, atlit turut mengambil kesempatan meluahkan masalah mereka, terutama membabitkan alasan mengapa mereka tidak mahu berguru di bawah jurulatih kendalian persatuan.

Ismail Sabri berkata, berkuat serta merta, lima atlit senior kebangsaan dan empat atlit elit akan dikendalikan sepenuhnya oleh Lin Xin Hui manakala jurulatih dari Bulgaria, Stefan Stefanov akan kembali melatih skuad pelapis.

"Ini adalah sejajar dengan kehendak atlit. Kita memandang serius masalah yang berlaku kerana tidak mahu ia menjejaskan persiapan atlit negara dan peluang memungut pingat dalam kejohanan akan datang," katanya.

Berita harian

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...