Skip to main content

Kekuatan mental bakal jadi penentu


REXY (kiri) sekali lagi menyandarkan harapan kepada Boon Heong (tengah) dan Kien Keat bagi memburu gelaran Seluruh England.


PERSEDIAAN rapi telah diatur dan kini, hanya situasi sewaktu perlawanan sahaja yang bakal menjadi penentu.

Menurut ketua jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky, berdasarkan prestasi semasa, semua pemain berada pada keadaan terbaik menjelang Kejohanan Badminton Seluruh England, Mac depan.

Tambahnya, melihatkan situasi tersebut, pastinya barisan negara berpeluang untuk merangkul gelaran pada kejohanan paling berprestij di dunia itu.

"Kami telah menyediakan pelan persediaan yang cukup baik buat semua pemain negara," kata Rexy semalam.

"Saya boleh katakan, persediaan pemain pada ketika ini memang sempurna dan semua pemain memiliki masa yang mencukupi untuk memastikan mereka berada pada prestasi terbaik menjelang Seluruh England.

"Malah bagi memastikan mereka benar-benar bersedia dan bagi mengelakkan sebarang kecederaan, semua pemain beregu negara tidak beraksi pada Terbuka Korea lalu.

"Namun, sehebat mana sekalipun persediaan kita, kemenangan lebih banyak bergantung kepada situasi pemain sewaktu perlawanan.

"Saya paling bimbang jika ada pemain yang mengalami masalah kesihatan sewaktu di sana kelak (England)."

Sementara itu, semua pemain badminton negara akan menyertai kem bina semangat selama empat hari di Kuching bermula hari ini.

Menurut Rexy, kem tersebut amat penting dalam memastikan pemain negara bersedia dari segi mental sebelum beraksi pada Seluruh England.

"Kekuatan mental amat penting buat semua pemain negara," kata Rexy.

"Kadangkala kekuatan mental memainkan peranan yang penting dalam perlawanan terutama dalam situasi genting dan mencabar."

Bekas juara Seluruh England 2007, Koo Kien Keat- Tan Boon Heong akan mengetuai cabaran negara pada kejohanan yang akan diadakan bermula 3 hingga 8 Mac selain Mohd. Zakry Abdul Latif-Mohd. Fairuzizuan Tazari dan beregu wanita No. 1 dunia, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui.

KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...