Skip to main content

Kemelut jurulatih PABM selesai




SEMUANYA sudah selesai.
Mungkin tanpa campur tangan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masalah yang timbul dijangka berlarutan.

Segala-galanya tercetus apabila lima atlet pelapis elit angkat berat negara memulaukan sesi latihan baru-baru ini sebagai membantah keputusan Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM).

Difahamkan, tindakan mereka memulaukan sesi latihan tersebut kerana tidak mahu 'berguru' dengan jurulatih dari Bulgaria, Stefan Stefanov.

Sebaliknya, mereka lebih cenderung berlatih di bawah bimbingan Lin Xinhui serta Zakaria Yusof buat sementara waktu.

Alasan yang diberikan mereka - Stefanov yang menjadi pilihan PABM gagal meningkatkan prestasi mereka.

Kemelut itu berpanjangan apabila PABM didakwa cuba meminggirkan Xinhui yang sebelum ini terbukti mampu melahirkan jaguh angkat berat.

Bagi mengelak kemelut itu daripada menjadi semakin buruk, semalam Ismail Sabri tampil sebagai 'orang tengah'.

"Xin Hui akan melatih mereka sementara menunggu jurulatih baru dari China atau Indonesia tiba.

"MSN (Majlis Sukan Negara) meminta PABM untuk mendapatkan jurulatih baru dan ia masih belum diputuskan bila jurulatih tersebut akan tiba," kata Ismail Sabri pada sidang media selepas mengadakan pertemuan secara tertutup dengan PABM dan lima atlet pelapis elit negara di Bukit Jalil semalam.

Atlet terbabit ialah Mohd. Shafiq Ismail, Aricco Jumith, Mohd Hafifi Mansor, Mohd. Faiz Musa dan Mohd. Zafrin Zulkifli.

Ismail Sabri turut berharap, Stefanov akan menjadi jurulatih untuk atlet pelapis dan tidak lagi membimbing atlet pelapis elit negara.

"Saya tidak mahu isu berkaitan dengan jurulatih akan menjejaskan persiapan kita bagi menghadapi Sukan Asia dan Komanwel yang akan berlangsung tahun depan.

"Kita tidak mahu masalah ini menyebabkan persembahan atlet terus menurun.

"Apa yang penting... atlet dapat membuat persiapan awal bagi menghadapi kedua-dua temasya berprestij itu," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...