Skip to main content

KOAM cari situasi 'menang-menang'

Oleh Lukman Salleh
lukmsal@bharian.com.my

Isu perbalahan penganjuran Maraton Antarabangsa Kuala Lumpur

KESATUAN Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) tidak mahu perbalahan mengenai penganjuran Maraton Antarabangsa Kuala Lumpur berpanjangan dan akan mencari jalan penyelesaian terbaik membabitkan penaja dan ahli gabungannya, Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan (POAWP).

Sambil menegaskan hak penganjuran Maraton Antarabangsa di Kuala Lumpur adalah milik syarikat pengurusan acara, Octagon dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim mahu mencari situasi 'menang-menang' yang akan menggembirakan semua pihak terbabit.

"KOAM tidak mengambil hak sesiapa termasuk hak POAWP," kata Karim. "Penganjuran Maraton Antarabangsa Kuala Lumpur adalah membabitkan DBKL, Octagon serta KOAM dan ia tiada ada kaitan langsung dengan POAWP.

"Oleh itu, tidak timbul soal mengambil hak yang dimiliki POAWP. Mereka boleh menganjurkan acara maraton yang lain tetapi mesti tertakluk kepada syarat yang ditetapkan iaitu dua bulan sebelum dan selepas penganjuran Maraton Antarabangsa Kuala Lumpur.

"Saya agak kecewa dengan isu yang dibangkitkan pihak tertentu ini yang menjejaskan imej KOAM dan juga menimbulkan rasa tidak selesa penaja. Saya harap semua pihak akan berhenti daripada membuat kenyataan negatif yang boleh merosakkan penganjuran temasya ini," katanya.

Sehubungan itu, Karim diarahkan Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk mengadakan pertemuan dengan Octagon dan POAWP untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan sengketa ini tidak berpanjangan.

"Ini adalah acara maraton baru dan bagi KOAM ekoran penganjuran acara ini, kami juga mendapat penajaan berjumlah RM500,000 setahun untuk tempoh lima tahun bagi melaksanakan program pembangunan.

"Seharusnya semua pihak termasuk ahli gabungan memberi sokongan kepada KOAM untuk memastikan acara ini dikelolakan dengan berjaya, bukannya mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang masalah kepada persatuan," katanya.

Semalam, KOAM sepatutnya mengadakan mesyuarat Majlis untuk menjelaskan mengenai isu sebenar penganjuran Maraton Antarabangsa Kuala Lumpur kepada ahli gabungannya tetapi terpaksa dibatalkan kerana tidak mencukupi korum.

Isu Maraton Antarabangsa Kuala Lumpur tampak bertitik tolak daripada rasa tidak puas hati POAWP yang disisihkan daripada penganjurannya walaupun sebelum ini terbabit dalam mengelolakan acara maraton tahunan itu sejak hampir dua dekad.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...