Skip to main content

MOM sedia buat siasatan segera - Kok Chi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi62N5cKujAaJKzLdD8PEy2D-Zzl8iXb_u7pEE1hahFAIjZE8BjjD4b0WZjOtDcgwMjh9lF46OtyPeWJIExNAvdlJl0svlN2ioqIhJQXVYK_qKh5qd0biskzGqJo77RObUFJ5vHUz28bX_p/s400/KOK+CHI.jpg

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) akan membuat siasatan segera jika ada pihak membuat aduan rasmi berhubung tindakan kontroversi Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) melantik semula pegawai yang didakwa terlibat dalam salah laku seksual, menduduki kerusi penting kejurulatihan.

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata, atlet yang tidak berpuas hati perlu mengemukakan bantahan kepada pihak persatuan terlebih dahulu sebelum membuat aduan kepada MOM.

"MOM sedia untuk mendengar keluhan dan rasa tidak puas atlet terbabit dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya pihak pengurusan KOAM terus berdiam diri dan tidak berganjak dengan keputusaan tersebut," katanya semalam.

Kok Chi berkata, MOM tidak teragak-agak untuk menjalankan siasatan dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memperjuangkan hak atlet khususnya atlet wanita di negara ini.

"Atlet berhak untuk menuntut haknya kerana mereka dan bukannya persatuan ataupun pegawai sukan yang berjuang mendapatkan pingat untuk negara," katanya.

Kok Chi memuji tindakan berani jaguh lompat galah wanita, Roslinda Samsu bersama rakan- rakannya yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan KOAM dalam usaha untuk memperjuangkan hak mereka sebagai atlet wanita yang perlu dilindungi oleh persatuan sukan.

"Saya rasa gembira kerana ada atlet yang berani suarakan hak mereka dan ini adalah buat pertama kali dalam sejarah sukan negara ada atlet yang lantang bersuara tanpa rasa takut akan kepentingan mereka akan terjejas akibat daripada tindakan tersebut," katanya.

Beliau berkata, dalam masa terdekat, pihaknya akan meminta penjelasan daripada salah seorang Naib Presiden MOM, Prof Datuk W.Y. Chin yang juga merupakan wakil MOM dalam KOAM.

"Selepas mendapat penjelasan daripada wakil MOM, perkara ini akan dibincangkan pada mesyuarat ahli lembaga MOM pada awal Februari nanti," katanya.

Sementara itu, Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pihak KOAM akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan perkara itu dalam masa terdekat.

Isu tindakan KOAM melantik pegawai yang didakwa terlibat dalam salah laku seksual di Taiwan pada tahun lepas sebagai pengurus pasukan kebangsaan mencetuskan rasa tidak puas hati pelbagai pihak termasuk Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri meluahkan rasa kecewa terhadap sikap KOAM yang dilabelkan sebagai tidak peka terhadap sensitiviti semua pihak sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi akibat dari- pada tindakan itu. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...