Skip to main content

PAFA turun harga tiket


PEMINAT bola sepak Perak akan mula menikmati harga tiket baru mulai 10 Februari ini.





KINI sudah sah harga tiket perlawanan bola sepak di Stadium Perak diturunkan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar kecil) berkata, penurunan harga tiket itu akan berkuat kuasa mulai 10 Februari depan.

Justeru, peminat bola sepak Perak akan mula menikmati harga tiket baru itu pada perlawanan Liga Super ketika Perak menentang Kelantan.

Mohammad Nizar memberitahu bahawa harga tiket tempat duduk berbumbung dikurangkan sebanyak RM5 daripada RM20kepada RM15.

"Harga tiket tempat duduk tidak berbumbung pula dikurangkan sebanyak RM2.00 daripada RM10 kepada RM8," jelas Mohammad Nizar di Ipoh semalam.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Besar Perak telah mengumumkan penurunan harga tiket itu ketika meraikan pemain Liga Super dan Piala Presiden serta pegawai PAFA di kediamannya di Ipoh malam kelmarin.

Mohammad Nizar menyatakan, tujuan penurunan harga tiket itu bagi menarik lebih ramai penyokong skuad Seladang untuk membanjiri Stadium Perak.

"Kehadiran ramai penyokong secara tidak langsung akan memberi semangat kepada para pemain untuk mencapai kemenangan," tambahnya.

Difahamkan, tindakan PAFA menurunkan harga tiket itu berkait rapat dengan sambutan yang agak dingin daripada penyokong Perak dalam dua perlawanan Liga Super di Stadium Perak sebelum ini.

Walaupun Perak mencatat kemenangan ke atas Kuala Muda Naza dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi penonton yang hadir tidak melebihi 8,000 dalam kedua-dua perlawanan tersebut.

Sementara itu, Presiden Kelab Peminat Bola Sepak Perak (KPBP), Abdul Jamil Othman menyambut baik pengumuman penurunan harga tiket tersebut.

"Penurunan harga tiket itu akan menarik lebih ramai peminat dari luar Ipoh untuk menyaksikan perlawanan di Stadium Perak.

"KPBP amat menghargai tindakan PAFA mengurangkan harga tiket," kata Abdul Jamil yang juga Ahli Majlis PAFA.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...