Skip to main content

Persatuan sukan harus jimat cermat - MOM


KOK CHI mahu persatuan sukan mengehadkan penyertaan atlet ke kejohanan antarabangsa.


MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) meminta semua persatuan sukan di negara ini berjimat cermat dalam menguruskan dana yang disalurkan Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai langkah menghadapi krisis ekonomi global.

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata, persatuan sukan terutama yang kurang popular perlu bijak menguruskan dana kewangan mereka agar tidak menjejaskan aktiviti atlet negara khususnya dalam persiapan menghadapi beberapa kejohanan antarabangsa termasuk Sukan SEA di Laos, Disember ini.

"Persatuan yang hanya bergantung kepada peruntukan dana daripada MSN perlu amalkan perbelanjaan berhemah dalam menganjurkan aktiviti mereka bagi mengelak berlakunya pembaziran," katanya semalam.

Kok Chi berkata, antara langkah penjimatan itu ialah mengehadkan penyertaan atlet ke kejohanan antarabangsa dengan hanya memilih kejohanan yang dirasakan perlu.

Beliau berkata, kegagalan persatuan dalam menguruskan sumber kewangan akan mengundang padah kepada atlet yang bernaung di bawah persatuan itu.

"Dalam keadaan iklim ekonomi yang kurang menentu ini saya percaya adalah agak sukar bagi persatuan sukan yang kurang popular untuk mendapat sumbangan ataupun tajaan daripada badan korporat," katanya.

Tahun ini, MSN hanya menerima peruntukan RM170 juta berbanding RM230 juta pada tahun lalu.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong meminta semua persatuan sukan kebangsaan lebih berhemah dalam merangka perbelanjaan masing-masing.

Bagaimanapun, MSN tidak mengurangkan peruntukan kewangan kepada tiga sukan yang dikenal pasti berpotensi untuk 'menggegar' pada Sukan Olimpik 2012 di England iaitu badminton, lumba basikal dan memanah.

KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...