Skip to main content

Roslinda, rakan kecewa tindakan KOAM

Pegawai didakwa terbabit dalam 'perlakuan meragukan' dilantik jawatankuasa kejurulatihan

TERKEJUT, kecewa, terkilan dan sedih. Tiada lagi perkataan selain daripada apa yang tertera di atas untuk menyatakan perasaan jaguh lompat bergalah wanita, Roslinda Samsu dengan keputusan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) melantik pegawai yang didakwa terbabit dalam 'perlakuan meragukan" di Terbuka Taiwan, tahun lalu ke jawatankuasa kejurulatihan dan pembangunan dipengerusikan Timbalan KOAM, Karim Ibrahim.

Malah, Roslinda dan rakan-rakan berasa diri mereka seperti dipermainkan dan dalam keadaan amat kecewa itu pelbagai perkara berlegar dalam kotak fikirannya, termasuk menarik diri daripada pasukan kebangsaan atau pun bersara terus daripada acara lompat bergalah.

"Kami sebagai atlit tampak seperti ditindas," kata Roslinda ketika dihubungi semalam. "Memang saya rasa sedih, terkilan serta terkejut dengan tindakan KOAM melantik pegawai terbabit dalam jawatankuasa kerjanya. Tiada lagi perkataan untuk menyatakan perasaan saya dan rakan-rakan ketika ini.

"Sepatutnya persatuan bertindak lebih bijak dalam perkara ini. Kami mengadu kepada persatuan dengan harapan untuk mendapat perlindungan tetapi sebaliknya kami yang menjadi mangsa.

"Tindakan KOAM ini seolah-olah seperti menyatakan tiada apa-apa yang berlaku, semuanya berjalan lancar, tiada masalah, sedangkan kami tidak mahu pegawai itu terbabit dalam KOAM. Tetapi sekarang ini kepada siapa kami hendak mengadu."

Sebelum ini, Karim memaklumkan pelantikan pegawai terbabit menganggotai jawatankuasanya mendapat sokongan lembaga eksekutif yang bermesyuarat awal bulan ini dengan tidak seorang pun ahli yang membantah atau menghalang.

Menurut Karim, pegawai ini hanya dikenakan larangan memegang jawatan selaku pengurus pasukan kebangsaan tetapi tidak untuk jawatan lain dalam KOAM dan menjadi dasar persatuan induk seperti yang termaktub dalam perlembagaan, melantik semua setiausaha negeri untuk menerajui jawatankuasa kecil.

Bagi Roslinda, untuk mengadu perkara ini kepada Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim, mungkin tidak akan membuahkan sebarang hasil kerana sebelum ini apa yang mereka sampaikan kepada pengetahuan pemimpin mereka, tidak pernah mendapat perhatian.

Saya dan rakan-rakan pernah menulis surat kepada Presiden menyatakan rasa tidak puas hati dengan keputusan KOAM ke atas pegawai terbabit tetapi malangnya sampai sekarang, tiada satu maklum balas pun yang kami terima."

Berita Harian

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...