Skip to main content

Shun Ting buru pingat di Laos


SHUN TING bakal membuat penampilan kali keempat pada temasya Sukan SEA di Laos, Disember depan.


ATLET bola tampar pantai kebangsaan, Beh Shun Ting berharap kedatangan tahun baru ini akan memberi kejayaan lebih bermakna buat dirinya.

Ketika ini, hanya satu impian yang mahu dilaksanakan Shun Ting iaitu menyumbang pingat buat negara pada Sukan SEA di Laos, Disember depan.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Perniagaan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, dia amat berbangga sekiranya mampu sekali lagi beraksi pada temasya terbesar di Asia Tenggara itu.

"Tahun ini merupakan penampilan keempat saya selaku pemain bola tampar pantai negara.

"Tiada misi yang lebih besar melainkan usaha untuk menyumbang kilauan pingat untuk Malaysia pada temasya di Laos nanti.

"Itu sememangnya impian saya sejak bergelar atlet negara," kata Shun Ting ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Atlet berusia 24 tahun itu berkata, meskipun impian itu bukan satu misi mudah tetapi dia yakin ia tidak mustahil dicapai sekiranya ia disusuli dengan usaha dan kerja-keras.

"Saya yakin kami boleh lakukannya. Kami sebenarnya hampir berjaya (meraih emas) ketika beraksi pada Sukan SEA di Korat dua tahun lepas.

"Apa pun, ia sudah berlalu. Mungkin pengalaman tersebut dapat kami gunakan bagi saingan musim ini," ujar Shun Ting yang berpasangan dengan Luk Teck Eng sebagai pemain utama negara.

Begitupun, Shun Ting berkata, jadual bagi kejohanan musim ini hanya akan diketahui selepas dia kembali daripada bercuti.

"Minggu hadapan saya menjalani latihan seperti biasa. Waktu itu semua program kejohanan akan dijelaskan kepada kami.

"Selepas itu, baru kami boleh rancang apa yang perlu kami lakukan menjelang Sukan SEA," jelas Shun Ting.

KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...