Skip to main content

Skuad remaja bakal pelengkap Piala Sultan Azlan Shah

niera@nstp.com.my

PASUKAN remaja negara yang rancak melakukan persiapan menjelang Piala Dunia Remaja, Jun depan, dilihat sebagai pilihan terbaik Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) untuk memenuhi kuota penyertaan Piala Sultan Azlan Shah, April ini.

Ini berikutan penarikan saat akhir oleh skuad gergasi hoki Asia, Korea Selatan, minggu lalu selain faktor kelembapan ekonomi dunia menyebabkan kebanyakan pasukan utama dunia memutuskan untuk tidak menyertai saingan pada 3 hingga 12 April ini.

Sehingga kini, hanya lima pasukan mengesahkan penyertaan - India, Pakistan, New Zealand dan Mesir yang menyertai buat julung kalinya selain Malaysia - kurang satu pasukan lagi buat memenuhi kuota enam pasukan.

Setiausaha Kehormat PHM, Hashim Mohamed Yusoff, berkata pihaknya kini masih menunggu pengesahan dua pasukan lain iaitu Ireland dan Jepun selepas tarikh penyertaan yang sepatutnya berakhir 31 Disember lalu dilanjutkan sehingga Sabtu ini.

“Kami menghantar jemputan kepada 14 negara tetapi Belgium, Kanada, England, Afrika Selatan menyertai Liga Eropah manakala Australia sibuk dengan saingan liga sendiri.

“Argentina ada menawarkan penyertaan skuad remajanya tetapi kami tidak boleh terima bagi mengekalkan kualiti kejohanan manakala China dan Korea Selatan mempunyai alasan masing-masing,” katanya yang mengakui Piala Sultan Azlan Shah hanya boleh disertai oleh pasukan dalam 20 kelompok terbaik dunia.

Skuad muda negara pimpinan K Rajan yang mengakhiri latihan di Australia Sabtu lalu, bakal bersaing dengan tiga pasukan termasuk India dan Pakistan pada Kejohanan Hoki Remaja Empat Negara (11-15 Mac ini) yang juga perlawanan pemanas badan sebelum saingan 20 pasukan di Johor Bahru dan Singapura, Jun nanti.


Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...