Skip to main content

Atlit tak perlu terbabit dalam pengurusan persatuan: Mumtaz

Oleh Meor Hisham Zulkifli
sham@bharian.com.my

ATLIT diminta kembali memberikan tumpuan kepada prestasi dan membawa pulang pingat untuk negara serta mengelak meluahkan sebarang rungutan kepada media tanpa merujuk terlebih dulu kepada persatuan sukan.

Bekas atlit negara, Datuk Paduka Mumtaz Jaafar, berkata perlakuan atlit masa kini nyata jauh berbeza dengan atlit pada zamannya yang menyuarakan sebarang masalah mereka menggunakan saluran yang betul.

“Kita perlu kembali kepada kaedah yang digunakan sebelum ini iaitu andai atlit mempunyai masalah, mereka boleh meluahkan kepada persatuan. Andai mereka tidak puas hati berkaitan jurulatih, mereka boleh adukan kepada jawatankuasa jurulatih.


“Sepatutnya atlit memberikan sepenuh tumpuan mereka untuk meningkatkan prestasi dan membawa pulang pingat, bukannya mencetuskan suasana yang kurang enak dalam persatuan,” katanya.

Beliau mengulas mengenai rasa tidak puas hati pemimpin dalam Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) mengenai kelantangan beberapa atlit menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap persatuan kepada media baru-baru ini.

Mumtaz yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan ditemui selepas majlis pelancaran Pameran Sukan dan Dagangan Antarabangsa Malaysia 2009 yang bakal diadakan Jun depan. Pelancaran disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mumtaz berkata, secara peribadi, atlit tidak perlu terbabit dalam pengurusan dan pentadbiran persatuan kerana tugas mereka sebenarnya adalah memburu kecemerlangan dan mencipta nama di pentas lebih tinggi.

“Bagi saya, atlit yang gagal memberikan persembahan terbaik di pentas antarabangsa akibat masalah disiplin dan sebagainya, boleh dianggap sebagai pengkhianat negara kerana segala perbelanjaan latihan mereka ditanggung kerajaan menggunakan wang rakyat

“Malah, bagi saya, mereka juga tidak wajar terbabit dalam pengurusan dan mesyuarat persatuan kerana itu bukan tugas mereka. Tugas mereka di balapan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Harga Tiket Piala Thomas Tidak Mahal - Shabery

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak harus memikirkan bahawa harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Piala Thomas bulan depan sebagai mahal, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata mereka seharusnya berfikiran bahawa pembelian tiket bagi menyaksikan kejohanan itu sebagai menghargai pengorbanan pemain negara serta peluang menyaksikan kejohanan berprestij, yang kali terakhir diadakan di Malaysia pada 1992, bukanlah sesuatu yang biasa. "Tak mahal sangat kalau kita fikirkan daripada segi sumbangan atlet itu. Mereka (atlet) setiap hari berlatih antara enam hingga lapan jam untuk menaikkan nama negara... kena jaga makan, tidur dan gaya hidup. "Atlet ini perlu dibiayai di samping penganjuran Piala Thomas itu besar. Kita tak suruh rakyat Malaysia berlatih sampai enam jam, jaga makan atau tidur. Cuma kita minta mereka beli tiket," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Malaysia 201...