Skip to main content

Beban menanti Pei Tty-Eei Hui

KUALA LUMPUR - Dinobat sebagai beregu No. 1 dunia sehari sebelum berlepas ke Seluruh England sepatutnya menjadi perkhabaran gembira buat pasangan wanita negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui, begitupun berita tersebut sebaliknya telah mengundang resah buat anak didik Rexy Mainaky itu.

Semalam, Pei Tty-Eei Hui memintas pasangan Taiwan, Chien Yu Chin-Cheng Wen Hsing untuk melonjak ke tangga teratas ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Ini adalah kali kedua juara Terbuka Denmark dan Masters Akhir itu berada di puncak dunia selepas turut merampas takhta pada ranking 15 Januari 2009, namun ia hanya mampu bertahan selama seminggu.

Pasangan Korea, Lee Kyung Won-Lee Hyo Jung menduduki ranking ketiga dunia, diikuti pasangan China, Yang Wei-Zhang Jiewen, Liliyana Natsir-Vita Marissa dan juara Olimpik, Du Jing-Yu Yang.

"Saya tidak tahu apakah ini dianggap berita gembira atau sebaliknya. Saya langsung tidak teruja dengan ranking terbaru ini tetapi saya sebenarnya lebih bimbang ia akan menambah tekanan kepada kami.

"Saya tidak rasa ada perbezaan jadi No. 1 atau 2, malah pada saya beregu China, Du Jing-Yu Yang paling layak berada di tempat kami. Mereka jatuh ranking sebab tidak beraksi di Terbuka Korea dan Malaysia tetapi mereka akan kembali di Seluruh England dan Terbuka Switzerland,'' kata Pei Tty.

Skuad badminton Malaysia akan berlepas ke London malam ini untuk menghadapi kejohanan Seluruh England pada 3-8 Mac, diikuti Terbuka Switzerland dari 10-15 Mac.

Pei Tty-Eei Hui menerima undian getir pada Seluruh England kerana perlu melepasi halangan tiga pasangan China jika mahu melakar sejarah menjadi pemain wanita pertama Malaysia layak ke perlawanan akhir.

Selepas membuka kempen dengan menentang pemain pusingan kelayakan, naib juara Terbuka China, Perancis dan Jepun itu dijangka berdepan Pan Pan-Qing Tian pada pusingan kedua.

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...