Skip to main content

Bryan diarah segera tingkatkan prestasi


PRESTASI Bryan dilihat semakin merosot sehingga menyaksikan dia digugurkan daripada menyertai Terbuka Jerman.


PERSATUAN Renang Amatur Malaysia (ASUM) memberi amaran kepada penerjun negara, Bryan Nickson untuk memperbaiki pencapaian peribadi yang dilihat semakin merosot.

Penerjun kelahiran Sarawak itu digugurkan daripada menyertai Kejohanan Terjun Terbuka Berlin, Jerman pada 27 Februari hingga 1 Mac kerana persembahannya dilaporkan kurang memuaskan kebelakangan ini.

Langkah menggugurkan atlet tersebut merupakan satu amaran daripada ASUM kepada mana-mana penerjun negara supaya meningkatkan prestasi masing-masing sebelum disenaraikan menyertai kejohanan di luar negara.

Timbalan Presiden ASUM, Zainal Othman berkata, Bryan telah dinasihatkan supaya bekerja lebih keras untuk meningkatkan mutu terjunan jika mahu disenaraikan menyertai kejohanan luar negara pada masa akan datang.

Menurutnya, tindakan menyingkirkan penerjun cilik itu adalah atas nasihat dan pandangan semua pihak termasuk juru- latih supaya dia lebih berdaya saing pada masa akan datang.

"Penyingkiran itu hanya buat sementara waktu. Jika Bryan dapat mengembalikan rentaknya dia akan disenaraikan semula dalam skuad negara.

"Kita tidak menghantar atlet ke luar negara sesuka hati dan perlu mengambil kira prestasi semasa mereka," katanya kepada Kosmo! semalam.

Jurulatih dari China, Qiang Huang akan mengetuai penerjun ke Berlin yang terdiri daripada Yeo Ken Nee, Rosshari- sham Roslan, Muhammad Fakrul Md. Zain, Leong Mun Yee dan Elizabeth Jimie.

Zainal berkata, Bryan akan menjalani latihan seperti biasa di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil untuk mengemas kini gaya terjunannya,

Menurut beliau, tindakan seperti itu bukan untuk memberi tekanan kepada Bryan tetapi ia sebagai cabaran untuk- nya melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Harga Tiket Piala Thomas Tidak Mahal - Shabery

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak harus memikirkan bahawa harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Piala Thomas bulan depan sebagai mahal, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata mereka seharusnya berfikiran bahawa pembelian tiket bagi menyaksikan kejohanan itu sebagai menghargai pengorbanan pemain negara serta peluang menyaksikan kejohanan berprestij, yang kali terakhir diadakan di Malaysia pada 1992, bukanlah sesuatu yang biasa. "Tak mahal sangat kalau kita fikirkan daripada segi sumbangan atlet itu. Mereka (atlet) setiap hari berlatih antara enam hingga lapan jam untuk menaikkan nama negara... kena jaga makan, tidur dan gaya hidup. "Atlet ini perlu dibiayai di samping penganjuran Piala Thomas itu besar. Kita tak suruh rakyat Malaysia berlatih sampai enam jam, jaga makan atau tidur. Cuma kita minta mereka beli tiket," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Malaysia 201...