Skip to main content

Juliana buru catatan kurang 16 jam





TRIATLET wanita negara, Nor Juliana Ali (gambar) enggan meletakkan sasaran yang tinggi dalam penampilan sulungnya pada Kejohanan Triatlon Ironman Malaysia 2009 di Langkawi esok.

Juliana yang baru tiga tahun terlibat dalam kejohanan triatlon mengakui, saingan di Langkawi bukannya mudah tetapi berharap dapat mencatat masa kurang daripada 16 jam.

"Ini merupakan kali pertama saya beraksi dalam Kejohanan Ironman Malaysia dan saya tidak meletakkan harapan yang tinggi," kata Juliana semalam.

"Saya hanya berharap dapat mencatat masa tidak melebihi 17 jam dan jika boleh saya menyasarkan untuk menamatkan perlumbaan dalam masa kurang daripada 16 jam."

Juliana, 27, merupakan seorang daripada dua atlet wanita dalam pasukan elit PowerBar selain atlet profesional, Dr. Fiona Lim Tze Ling.

Menurut atlet kelahiran Kuala Lumpur itu, pembabitannya dalam Ironman Malay- sia semata-mata ingin memberi galakan kepada atlet-atlet wanita agar membabitkan diri dalam sukan lasak ini.

"Sememangnya pembabitan atlet wanita negara pada kejohanan triatlon tidak ramai tetapi saya amat berharap, dengan pembabitan saya ini akan membuka mata lebih ramai atlet wanita untuk mencuba sukan ini," tambah Juliana.

Begitupun, Juliana mengakui dia agak lemah dalam acara renang tetapi berharap dapat mengatasi kelemahan itu dalam disiplin berbasikal dan berlari.

"Daripada ketiga-tiga disiplin, saya akui saya paling lemah dalam acara renang," kata Juliana.

"Bagaimanapun, saya mempunyai keyakinan yang tinggi dalam acara berbasikal dan berlari. Saya harap, saya dapat mengatasi kelemahan berenang dengan mencatat masa terbaik dalam dua disiplin ini."

Selain Juliana dan Dr. Fiona, pasukan PowerBar Malaysia turut disertai oleh Heidilee Mohammad, Kalam Pie, Ngae Koh Hieng, Ungku Azhar, Mohd. Hafiz Wong dan Don Khor Ngee Leong.

Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...