Skip to main content

'Kamaruddin tak boleh buat ikut suka lagi'

Oleh Ahmad Khawari Isa
ahmadkhawari@bharian.com.my


Chin Aun

MESEJ tegas dihantar kepada Ketua Jabatan Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Lt Kol (B) Kamaruddin Sakhari, semalam - tiada lagi tindakan bersendirian dalam menentukan jadual tugas pegawai-pegawai untuk kancah Liga Malaysia ketika ini.

Sebaliknya, segala penentuan tanggungjawab itu perlu terlebih dahulu mendapat pengesahan dan kelulusan Jawatankuasa Pengadil FAM - badan dianggotai ahli-ahli yang dilabel Kamaruddin sebelumnya sebagai 'enggan memberikan kerjasama.'

"Jawatankuasa putuskan untuk tidak terus dibelenggu masalah lalu. Apa yang kami mahukan ialah supaya segalanya lebih teratur pada masa hadapan, terutama jadual tugas untuk Liga Malaysia," kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa, Datuk Soh Chin Aun, ketika dihubungi selepas mesyuarat, semalam.


Ketegasan itu lahir selepas sebelumnya timbul dakwaan ada elemen 'kronisme' dalam penentuan tugas pengadil dan komisioner perlawanan, terutama selepas terdedah bahawa ada pegawai tidak diperakui tetap diberikan tugasan.

Kamaruddin juga sebelumnya mengakui bahawa dia melakukan lantikan tugas secara bersendirian selain punya alasan kukuh untuk menjawab segala persoalan dan kelemahan jabatan yang didakwanya ditimbulkan bekas pengerusi jawatankuasa, Allahyarham Nazri Abdullah.

Namun di sebalik usahanya itu, ada beberapa lagi kesilapan lain dikesan, termasuk tindakan Jabatan Pengadil FAM melantik pengadil yang tidak hadir ujian kecergasan untuk mengendalikan perlawanan atas alasan ‘pengganti saat akhir.'

Paling terbaru yang dicungkil ialah tindakan jabatan sama setakat ini sudah melantik seorang komisioner buat tiga perlawanan Liga Malaysia padahal pegawai itu tidak hadir seminar diadakan pada awal tahun - syarat wajib sebelum dilantik.

Segala pendedahan itu menghangatkan kemungkinan betapa mungkin tindakan bakal diambil terhadap Kamaruddin - terutama selepas menjadi pegawai Sekretariat FAM pertama secara terbuka menempelak jawatankuasa badan induk berkenaan.

Namun Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad memilih untuk menerima penjelasan awal Kamaruddin sebelumnya - langkah mungkin kini layak ditafsir 'menyelamatkan' Kamaruddin daripada berdepan sebarang bentuk tindakan.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Harga Tiket Piala Thomas Tidak Mahal - Shabery

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak harus memikirkan bahawa harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Piala Thomas bulan depan sebagai mahal, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata mereka seharusnya berfikiran bahawa pembelian tiket bagi menyaksikan kejohanan itu sebagai menghargai pengorbanan pemain negara serta peluang menyaksikan kejohanan berprestij, yang kali terakhir diadakan di Malaysia pada 1992, bukanlah sesuatu yang biasa. "Tak mahal sangat kalau kita fikirkan daripada segi sumbangan atlet itu. Mereka (atlet) setiap hari berlatih antara enam hingga lapan jam untuk menaikkan nama negara... kena jaga makan, tidur dan gaya hidup. "Atlet ini perlu dibiayai di samping penganjuran Piala Thomas itu besar. Kita tak suruh rakyat Malaysia berlatih sampai enam jam, jaga makan atau tidur. Cuma kita minta mereka beli tiket," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Malaysia 201...