Skip to main content

'Kami tidak gentar'


IMBAS KEMBALI... Reaksi kecewa pemain negara selepas tewas kepada Australia pada
perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah 2007.


DI atas kertas, New Zealand, Pakistan dan India mungkin halangan utama buat skuad hoki negara melakar kejayaan pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah, April depan.

Pastinya ia dianggap satu ujian besar buat skuad negara memandangkan New Zealand merupakan pasukan ketujuh terbaik dunia manakala Pakistan dan India pula masing-masing berada pada ranking ke-8 dan 11 dunia pada masa ini.

Sebaliknya, skuad negara yang kini dibimbing oleh juru- latih sementara, Tai Beng Hai dengan dibantu Nor Saiful Zaini dan Lailin Abu Hassan, berada di tangga ke-15 dunia.

Begitu pun bagi Beng Hai, reputasi ketiga-tiga pasukan itu tidak sedikit pun menggerunkannya, malah dia yakin keupayaan anak buahnya.

"Memang New Zealand, Pakistan dan India ketika ini berada pada ranking lebih baik daripada kita tetapi itu bukan- nya penentu segala-galanya," kata Beng Hai kepada Kosmo! semalam.

"Sebenarnya, kualiti pemain negara tidak jauh bezanya dengan pemain mereka. Cuma apa yang kurang ialah pemain kita sudah lama tidak beraksi di peringkat antarabangsa, kali terakhir pada Kejohanan Kelayakan Olimpik April tahun lepas.

"Begitu pun, apa yang saya boleh jamin ialah pemain kita cuba sebaik mungkin untuk mencipta kejayaan pada kejohanan edisi tahun ini.

"Sebagai persediaannya, kami akan berlepas ke Korea Selatan, Sabtu ini (esok) untuk menjalani beberapa perlawanan persahabatan dengan kelab profesional di sana," ujar Beng Hai lagi.

Skuad negara akan memula- kan kempen Piala Azlan Shah dengan berdepan Pakistan pada perlawanan pembukaan 5 April depan sebelum bertemu pasukan di tangga ke-20 dunia, Mesir sehari kemudian.

Pada aksi ketiga yang dijadualkan 8 April, skuad negara akan berdepan India sebelum menentang New Zealand sehari kemudian.

Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad negara dalam kejohanan ini ialah muncul naib juara pada edisi 2007.

Pakistan pula pernah menjuarai kejohanan ini pada edisi 1999, 2000 dan 2003 selain menduduki tempat keempat tahun lepas, manakala India, naib juara tahun lepas pernah menjuarai kejohanan ini pada 1985, 1991 dan 1995.

Hanya lima pasukan menyertai kejohanan edisi kali ini. Juara bertahan, Argentina dan gergasi hoki lain seperti Australia, Jerman, Korea Selatan dan Belanda tidak mengambil bahagian.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...