Skip to main content

'Koo-Tan sudah bersedia'

Oleh Ahmad Khawari Isa
ahmadkhawari@bharian.com.my


BOON Heong (kiri) dan Kien Keat dikatakan kembali serasi sepanjang latihan ketika ini.

Rexy yakin anak buahnya mampu raih

Seluruh England


REXY Mainaky memilih untuk melakukan sesuatu yang sudah agak lama tidak diamalkannya - mengisytiharkan secara terbuka betapa Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mampu membawa pulang gelaran Seluruh England.


Rasa keyakinan terbit selepas ketua jurulatih beregu negara itu menyaksikan peningkatan memberangsangkan yang dipamerkan kedua-dua pemain dalam tempoh persiapan lebih sebulan.

“Koo dan Tan sudah cukup bersedia, malah saya percaya keadaan mereka hampir sama seperti ketika memenangi Seluruh England, dua tahun lalu. Saya yakin tidak kira siapa lawan sekalipun, kedua-duanya boleh mengatasinya,” katanya, semalam.

Ia bukan bermaksud untuk menjelmakan tekanan kepada Kien Keat-Boon Heong, sebaliknya ditunjangi pelbagai elemen positif - terutama persefahaman mantap yang dipamerkan kedua-duanya.

“Koo begitu positif ketika Tan juga sudah mempunyai keyakinan lebih tinggi. Apa perlu dilakukan ketika ini ialah memastikan mereka dalam keadaan fizikal dan mental terbaik, tanpa terlalu menekan mereka sebelum kejohanan,” katanya.

Namun Rexy lebih berhati-hati apabila memperkatakan peluang satu lagi beregu harapan negara - Fairizuan Tazari-Mohd Zakry Latif.

“Di gelanggang latihan, segalanya nampak bagus. Cuma apa yang perlu dipertingkatkan oleh kedua-duanya ialah faktor-faktor lain di luarnya,” katanya.

Ia termasuk tuntutannya supaya kedua-dua pemain berusaha mengurangkan lagi berat badan selain menanam sikap positif dan tidak mencari alasan awal sebelum kejohanan bermula.

“Sebagai pemain sudah mencapai taraf dunia, mereka tidak harus bersikap sentiasa mencari alasan. Sebaliknya, mereka perlu fokus dan berusaha meningkatkan lagi sebarang kelemahan yang dikesan,” tegasnya.

Pemain-pemain negara akan berlepas ke Birmingham, lewat malam nanti, untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca lebih awal sebelum kejohanan sebenar bermula, Rabu nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Harga Tiket Piala Thomas Tidak Mahal - Shabery

PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia tidak harus memikirkan bahawa harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Piala Thomas bulan depan sebagai mahal, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata mereka seharusnya berfikiran bahawa pembelian tiket bagi menyaksikan kejohanan itu sebagai menghargai pengorbanan pemain negara serta peluang menyaksikan kejohanan berprestij, yang kali terakhir diadakan di Malaysia pada 1992, bukanlah sesuatu yang biasa. "Tak mahal sangat kalau kita fikirkan daripada segi sumbangan atlet itu. Mereka (atlet) setiap hari berlatih antara enam hingga lapan jam untuk menaikkan nama negara... kena jaga makan, tidur dan gaya hidup. "Atlet ini perlu dibiayai di samping penganjuran Piala Thomas itu besar. Kita tak suruh rakyat Malaysia berlatih sampai enam jam, jaga makan atau tidur. Cuma kita minta mereka beli tiket," katanya kepada pemberita selepas majlis pra-pelancaran Larian Antarabangsa Ekiden Malaysia 201...