Skip to main content

Azizul bakal juara pecut Olimpik




PRUSZKOW, Poland - Selepas hampir melakukan kejutan terbesar dalam sejarah sukan basikal trek dunia, Azizulhasni Awang (gambar) mula menjadi sebutan sehingga ada yang melabelkannya sebagai bakal juara pecut Sukan Olimpik akan datang.

Di kalangan beberapa pemerhati sukan berbasikal trek dunia sendiri meramalkan pelumba kelahiran Terengganu itu memiliki ciri-ciri yang mampu menjadikannya seorang jaguh yang digeruni.

Legenda basikal trek Perancis, Arnaud Tournant sendiri misalnya mengagumi skil yang dimiliki Azizulhasni sehingga menyifatkan sebagai pelumba paling berbakat ketika ini.

"Dia cukup pantas, taktikal dan juga cukup berbakat walaupun bertubuh kecil. Dan kerana badannya yang kecil itulah, dia mampu melakukan sesuatu yang luar biasa yang kita tidak terfikir," kata bekas pelumba yang masih memegang rekod dunia 1 kilometer ujian masa itu kepada AFP.

Hanya kesilapan strategi dan cetek pengalaman membuatkan Azizulhasni terpaksa akur dengan kehebatan lawannya dari Perancis, Gregory Bauge pada perlumbaan akhir 200m pecut itu.

Bauge sendiri memuji Azizulhasni kerana memberikannya saingan hebat sebelum mampu bergelar juara pecut dunia.

Kata Bauge, dia terpaksa berhabis-habisan untuk menyekat Azizulhasni yang dianggapnya sukar untuk ditewaskan.

"Dia terlalu licik dan penuh tipu daya. Saya sedar kebolehannya itu kerana apabila berada di atas basikal yang sedang memecut laju, sukar untuk menjangkakan tindakannya untuk kita melakukan sesuatu," kata pelumba Perancis berkulit hitam itu.

Apa jua kenyataan yang dibuat, yang pasti Azizulhasni sekurang-kurangnya telah berjaya melonjakkan nama Malaysia di mata dunia buat masa ini.

Kebolehannya menggegar acara 200m pecut yang dianggap acara paling berprestij dalam sukan basikal trek amat membanggakan sekali.

Malah keupayaannya menewaskan nama-nama besar dalam acara itu mengejutkan banyak pihak kerana terlalu awal 'mekar' daripada waktu yang dijangkakan.

Pada usia yang baru 21 tahun, Azizulhasni telah berjaya menewaskan pemenang pingat perak keirin Sukan Olimpik 2008, Ross Edgar di suku akhir dan kemudiannya Shane Perkins dari Australia di separuh akhir.

Lahir dalam keluarga miskin, Azizulhasni yang mahu membela nasib keluarganya itu menerusi sukan ini percaya, dia sepatutnya mampu memenangi emas, kelmarin.

"Apa pun saya masih gembira dengan pingat perak yang dimenangi. Tidaklah teruk sangat tetapi sedih juga kerana saya tahu saya hampir melakukannya," katanya.

Bagi jurulatih Azizulhasni yang berasal dari Australia, John Beasley, dia memuji sikap anak didiknya sehingga mampu melakukan kejutan di kejohanan dunia ini.

Beasley yang mengetuai program pembangunan basikal trek Malaysia di Melbourne antara lain percaya, kejayaan terlalu awal ini adalah hasil usaha keras dan ketekunan Azizulhasni untuk berjaya.

"Dia adalah contoh terbaik atlet yang mudah untuk bekerjasama, sentiasa dahagakan kejayaan dan mahu membuktikan kebolehan diri sendiri untuk meningkat.

"Itu adalah perkara penting yang kita tidak boleh latih tetapi datang daripada kemahuan diri sendiri.

"Pada usia 21 tahun, dia sebenarnya masih seperti bayi yang baru lahir dalam sukan basikal trek ini tetapi dalam waktu sama, dia telah memiliki ciri-ciri untuk menjadi pelumba hebat," tegas Beasley. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...