Skip to main content

Azizulhasni raih perak di Pruszkow



AZIZULHASNI (kiri)
ketika bersaing
dengan Ross Edgar pada aksi suku akhir di Pruszkow kelmarin.


PRUSZKOW - Jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang mencipta sejarah tersendiri apabila meraih pingat perak dalam acara pecut individu pada Kejohanan Trek Dunia di Pruszkow, Poland semalam.

Pelumba kelahiran Terengganu itu tewas kepada Gregory Bauge dari Perancis pada perlumbaan peringkat akhir.

Azizulhasni mempamerkan semangat juang tinggi apabila memenangi pusingan kedua dengan catatan 10.499 saat setelah tewas pada pusingan pertama kepada lawannya itu dengan catatan 10.406s.

Kedua-dua pelumba itu kemudiannya terpaksa bersaing di pusingan ketiga dengan menyaksikan Bauge memenangi pusingan itu dengan catatan 10.281s sekali gus memaksa Azizulhasni sekadar berpuas hati dengan pingat perak.

Sebelum itu, Azizulhasni menundukkan jaguh Australia, Shane Perkins pada peringkat separuh akhir.

Pencapaian Azizulhasni, yang juga merupakan pelumba harapan negara pada Sukan Olimpik 2012 di London, sedikit sebanyak dapat menebus kekecewaannya setelah gagal dalam acara kegemaran iaitu keirin dengan hanya menduduki tempat ke-11 keseluruhan.

Kejayaan itu juga hadir hanya sehari selepas seorang lagi pelumba negara, Mohd. Rizal Tisin menghadiahkan pingat pertama negara di pentas dunia selepas meraih gangsa dalam acara 1km ujian masa individu lelaki.

Pada acara itu, Rizal mencatat masa 1 minit 01.658s.


AZIZULHASNI Awang (kiri) bersama Gregory Bauge (tengah) dan pemenang tempat ketiga, Kevin Sireau pada penyampaian hadiah acara pecut Kejohanan Trek Dunia di Pruszkow, semalam. – AFP

Dengan kejayaan Azizulhasni dan Rizal itu, Malaysia kini boleh berbangga dengan pencapaian satu perak dan satu gangsa pada kejohanan itu.

Lebih membanggakan lagi, Malaysia turut muncul pasukan terbaik Asia dalam acara pecut berpasukan setelah menduduki tempat keenam keseluruhan.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...