Skip to main content

Azizulhasni sedia takluk trek Olimpik

Oleh Lukman Salleh
lukmsal@bharian.com.my


AZIZULHASNI (depan) memberi saingan sengit kepada pelumba Perancis, Bague dalam final acara pecut di Kejohanan Dunia di Pruszkow, kelmarin.

Ikon baru sukan negara kini galas harapan raih emas

AZIZULHASNI Awang dan Rizal Tisin meninggalkan velodrom Arena BGZ Pruszkow dengan membawa reputasi pelumba yang perlu diberi perhatian dalam menuju saingan Sukan Olimpik 2012 London.

Kejayaan memenangi pingat perak (Azizulhasni) dan gangsa (Rizal) acara pecut dan ujian masa pada Kejohanan Trek Dunia, menyuntik keyakinan kepada peminat lumba basikal tanah air bahawa ikon baru sukan negara ini mampu membawa pulang kilauan emas dari London.

Itulah keyakinan dan kepercayaan yang dikongsi bersama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong dan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) Datuk Naim Mohamad.

"Kedua-dua pelumba ini terutama sekali Azizulhasni yang begitu cemerlang sekalipun hanya pulang dengan pingat perak dalam acara pecut, meyakinkan kita bahawa dia boleh meraih emas di Sukan Olimpik 2012.

"Kita harus ingat bahawa jaguh basikal dunia Chris Hoy (Britain) memenangi emas Olimpik pada usia 30 tahun sedangkan Azizulhasni baru berusia 21 tahun.

"Kini laluan ke London 2012 terbentang luas dan dalam jangkauan Azizulhasni tetapi ia tetap berliku dan pelbagai perkara di luar jangkaan boleh berlaku. Namun sekurang-kurangnya dengan kejayaan Azizulhasni dan Rizal, kita boleh mula memasang impian untuk pingat emas," kata Naim.

Zolkples pula menyifatkan kejayaan Azizulhasni amat luar biasa dan dilakukan pada ketika dia masih muda dan belum dalam perancangan untuk melakarkan kegemilangan.

"Saya bukannya mahu merendahkan kejayaan Azizulhasni tetapi sebenarnya pencapaiannya agak mendadak dan di luar jangkaan," kata Zolkpkles. "Memang kita gembira dengan kejayaannya dan juga Rizal kerana ia meletakkan sasaran negara untuk memenangi pingat emas di London pada 2012 berada pada landasan tepat.

"Cuma saya ingin menasihatkan Azizulhasni supaya tidak mudah lupa diri dengan kejayaan ini. Memang dia kini sudah menjadi ikon sukan negara tetapi dia juga harus ingat perjalanan ke London masih jauh dan banyak liku-liku yang harus ditempuhi.

"Tetapi saya yakin Azizulhasni mempunyai kematangan untuk menangani kejayaannya ini, yang menjadikan dirinya kini tumpuan dan buah mulut peminat sukan tanah air," kata Zolkples.

Kelmarin, Azizulhasni tewas 2-1 kepada pelumba Perancis, Gregory Bague dalam acara pecut, sehari selepas Rizal, 24, menjadi pelumba pertama Malaysia meraih pingat di Kejohanan Dunia dengan memenangi gangsa dalam acara 1 kilometer ujian masa.


Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...