Skip to main content

Fairul terus cemerlang

bhsukan@bharian.com.my


FAIRUL Izwan kutip 18 mata hasil sembilan perlawanan.

Kekal dahului Kumpulan Satu Lawn Bowl Piala Dunia

PEMAIN negara, Fairul Izwan Abdul Muin terus mencatat kemenangan selesa termasuk menewaskan pemain ranking kelima dunia, Leif Selby untuk kekal mendahului liga kumpulan dalam Kejohanan Lawn Bowl Piala Dunia di Warilla, New South Wales, Australia, semalam.

Fairul Izwan yang kini mengutip 18 mata hasil sembilan perlawanan mengejutkan Selby yang juga pemain pilihan dengan 10-5, 7-6, selepas turut menang perlawanan terdahulu dengan menundukkan pemain China, Bing Leung Cheung 12-1, 15-1 untuk mengungguli Kumpulan Satu.

Hari keempat kejohanan itu semalam turut menyaksikan seorang lagi pemain negara yang juara bertahan, Safuan Said, mencatat kemenangan ke atas pemain Norfolk Islands, Phil Jones 15-4 11-4 untuk menduduki tempat kedua Kumpulan Dua.

Namun pemain ranking pertama dunia itu terpaksa akur kepada pemain Kanada, Alex Scott 7-7, 5-10, dalam perlawanan kesembilannya, yang meletakkannya di belakang pendahulu kumpulan, Shahnon McIlroy dari New Zealand.

Fairul Izwan sudah pasti melangkah ke suku akhir manakala Safuan yang masih mempunyai harapan, perlu menang dalam satu perlawanan lagi untuk mengikuti langkah rakan sepasukannya itu. Hanya empat pemain terbaik daripada setiap kumpulan akan bersaing di suku akhir esok.

Bagi kategori wanita pula, juara kebangsaan Nur Fidrah Noh yang kini di tangga keempat liga, terpaksa akur kepada kehebatan pemain tuan rumah, Karen Murphy, yang mencatat kemenangan selesa 11-4 10-1.

Dengan baki tiga perlawanan, Nur Fidrah yang dipertaruhkan menggalas cabaran menggantikan juara 2007, Siti Zalina Ahmad, memerlukan kemenangan bagi membolehkannya layak ke suku akhir.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...