Skip to main content

Futsal Perpaduan capai objektif


WASITAH (berdiri dua dari kanan) bergambar kenangan bersama pasukan yang menyertai Kejohanan Futsal Perpaduan di Pusat Futsal Purnama, Kamunting baru-baru ini.


TERNYATA usaha Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan mendekati remaja sebagai usaha mempromosikan gaya hidup sihat, cergas sambil menerapkan nilai-nilai perpaduan menerusi sukan sebagai mekanisme memberi hasil yang positif.

Kejohanan Futsal Perpaduan yang dianjurkannya bersama Kelab Sukan SportsUnite pada 28 Mac lalu di Pusat Futsal Purnama, Kamunting, Perak membuktikan wawasan Rakan Muda ini mampu dicapai sekiranya program untuk remaja dapat disusun secara komprehensif.

Sambutan untuk kejohanan tersebut sangat menggalakkan sehingga penganjur terpaksa menerima penyertaan melebihi kuota yang dihadkan.

Sekalipun menetapkan hanya 48 pasukan untuk kategori Bawah 25, sebanyak 66 pasukan mendaftar yang bukan sahaja disertai oleh pasukan sekitar Parlimen Bukit Gantang, malah dari Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Alor Setar, Kedah.

Kategori Bawah 18 menyaksikan 44 penyertaan biarpun had penyertaan adalah 24 pasukan. Sebanyak 24 pasukan pula menyertai kategori Bawah 12.

Kejohanan Futsal Perpaduan yang bermatlamat meningkatkan perpaduan kaum, menyuburkan budaya sukan, melahirkan generasi muda berdaya saing adalah sejajar dengan visi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Ketua Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Wasitah Mohd. Yusof yang hadir untuk menyaksikan kejohanan itu kagum dengan sambutan yang diberikan.

Menurut beliau, program ini perlu diteruskan kerana ia sejajar dengan matlamat Rakan Muda dan wawasan Ismail Sabri.

Wasitah juga sempat menyampaikan hadiah untuk kategori Bawah 12 tahun yang dimenangi oleh pasukan Kepala Batas selepas menewaskan KRS FC A dari Taman Berkat, Taiping 7-1. Dua hadiah untuk tempat ketiga menjadi milik Perantau FC dari Klang, Selangor dan juga pasukan Gemilang.

Penat lelah Perantau FC yang datang dari jauh juga tidak sia-sia apabila turut memenangi Anugerah Perpaduan kerana menyenaraikan pemain pelbagai kaum yang ramai dalam pasukan mereka.

Bagi kategori Bawah 18 pula, johan diraih pasukan Don AMB apabila mengalahkan Sg Acheh 4-2 dengan Anugerah Perpaduan dimenangi pasukan Shark Boys.

Public Bank dari Alor Setar pula muncul juara selepas menewaskan Bonito FC Zon 08FC dan Arena FS bagi kategori Bawah 25. -KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...