Skip to main content

MSN sedia ‘tutup mulut’ Beasley


KUALA LUMPUR – Majlis Sukan Negara (MSN) sedia memenuhi apa jua permintaan jurulatih berbasikal, John Beasley dalam usaha untuk mengekalkannya terus melatih pelumba trek negara.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata, pihaknya juga bersedia memberi pasukan sokongan sepenuh masa seperti mekanik, pakar sains sukan, fisioterapi dan tukang urut jika itu yang Beasley mahukan.

“Memang sebelum ini pun MSN memberikan apa yang diminta John kerana kita tahu dia seorang yang cukup profesional.

“Cuma ingin saya tegaskan, John tidak pernah menyatakan kepada kami yang dia memerlukan satu pasukan sokongan sepenuh masa.

“Malah dalam perbincangan kami untuk mengikatnya sebagai jurulatih awal tahun ini, dia sendiri menyatakan tidak perlu itu semua (pasukan sokongan).

“Apa pun kami akan berbincang semula mengenainya jika itu yang dia mahu apabila John tiba ke Malaysia dari Poland, esok (hari ini),” kata Zolkples.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Beasley kepada AFP bahawa dia memerlukan sokongan padu daripada kerajaan Malaysia untuk terus melatih pelumba mereka.

Antara permintaannya ialah untuk mendapatkan pasukan sokongan sepenuh masa dan bukannya kakitangan kontrak bulanan.

Beliau juga turut menyatakan kesediaannya untuk kembali melatih skuad negara kelahirannya, Australia jika mendapat tawaran.

Beasley membuat kenyataan itu selepas berjaya membimbing barisan pelumba berbasikal trek Malaysia sehingga mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan cepat.

Ini termasuk memenangi perlumbaan elit siri Piala Dunia sehingga memecahkan dominasi kuasa basikal trek seperti Britain, Perancis, Australia dan Jerman.

Kelmarin adalah kejayaan awal terbesar sentuhannya apabila berjaya membimbing Azizulhasni Awang meraih pingat perak acara 200m pecut di kejohanan dunia di Poland.

Selepas memenangi siri keirin Piala Dunia awal tahun ini, Azizulhasni terpaksa akur dengan kehebatan pelumba Perancis, Gregory Bauge pada perlumbaan akhir itu.

Kejayaan Azizulhasni itu turut diiringi dengan kejayaan Mohd. Rizal Tisin meraih gangsa acara 1km ujian masa sebelum itu.

Begitu pun Beasley yang bapanya, John merupakan salah seorang daripada empat warga Australia yang terpilih ke Tour de France 1952, gembira dengan kemajuan yang dicapai pasu kannya ketika ini walaupun mereka diberikan sasaran yang cukup besar.

“Buat masa ini saya gembira dapat kekal dengan Malaysia. Namun saya berhubung baik dengan pasukan Australia dan bekerja dengan mereka bertahun-tahun. Jika ada tawaran datang, saya mahu kembali ke sana satu hari nanti,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...