Skip to main content

O'Halloran, Zhiyun raih kejayaan di Tasik Kenyir


ZHIYUN (kiri) dan O'Halloran meraikan kemenangan mereka pada Triatlon Antarabangsa Tasik Kenyir 2009 semalam.


MATHIEU O'Halloran dan Lin Zhiyun masing-masing menjuarai kategori terbuka lelaki dan wanita pada Kejohanan Triatlon Antarabangsa Tasik Kenyir 2009 yang berakhir di Pengkalan Gawi semalam.

O'Halloran, 23, dari Kanada mengungguli edisi kelima itu dengan catatan masa dua jam dua minit 19 saat untuk meraih hadiah wang tunai RM1,800.

Pertandingan anjuran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) itu memerlukan peserta mengharungi acara berenang sejauh 1.5 kilometer, berbasikal (40km) dan larian sejauh 10km.

Tempat kedua dimenangi oleh peserta Singapura, Sikhander Singh dengan catatan masa 2:07:38s manakala peserta tempatan, Barry Lee Chun Sing menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 2:13:22s.

Lin Zhiyun, 22, dari Singapura muncul sebagai peserta terbaik kategori wanita dengan mencatatkan masa 2:28:10s untuk mengalahkan peserta Britain, Emma Bishop yang mencatatkan masa 2:32:00s.

Tempat ketiga dimenangi oleh peserta Malaysia, Stephanie Chok yang mencipta masa 2:37:43s.

Sementara itu, peserta tempatan menguasai tiga kedudukan teratas bagi kategori lelaki 15 hingga 19 tahun apabila Nicholas Choy Mun Thow muncul juara dengan catatan 2:23:27s.

Steve Choy Mun Yoong (2:24:42s) dan Ho Kok Yaw (2:29:32s) masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Malaysia juga mengungguli kategori wanita 35 tahun ke atas setelah tiga peserta menduduki tiga tempat teratas iaitu Lisa Oon dengan catatan masa 2:50:29s diikuti Carmen Leong Ban Yeik (2:53:06s) dan Wong Siew Seng (2:56:00s).

Bagi kategori lelaki 40 hingga 49 tahun, tempat pertama disandang Shahrom Abdullah dari Malaysia dengan mencatat masa 2:09:11s diikuti peserta Thailand, Koday Senmood (2:16:40s) dan seorang lagi peserta tempatan, Muhammad Hafiz Wong (2:17:06).

Peserta tuan rumah, Muhamad Razani Husain merangkul gelaran kategori lelaki 40 hingga 49 tahun setelah mengalahkan peserta Jepun, Iwata Takatoshi dan Thailand Niphon Suwan dengan catatan masa 2:10:58s.

Iwata mencatatkan masa 2:23:14s dan Niphon pula di tempat ketiga dengan catatan masa 2:25:01s.

Seramai 373 peserta daripada 17 negara menyertai kejohanan itu yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM50,000.

Kosmo

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...