Skip to main content

Pemain muda kuasai Batu Gajah


AZMAN (kiri) dan Kelly muncul juara bagi kategori lelaki dan wanita pada Kejohanan Golf Juara Kelab yang berakhir di Batu Gajah, Perak kelmarin.


PEMAIN muda menguasai saingan pada Kejohanan Golf Juara Kelab di Clearwater Sanctuary Golf Resort Batu Gajah, Perak kelmarin.

Saingan bagi kategori lelaki menjadi milik Mohd. Azman, 25, dari kelab Golf Bukit Jawi selepas menewaskan juara tahun lepas, Kalana Ibrahim dari Kelab Golf Miri serta Lee Ka Tung (Kelab Golf Sibu).

Kategori wanita pula menjadi milik pemian daripada Kelab Golf Bukit Banang, Johor, Kelly Tan, pemain yang mendahului sehingga pada pusingan pertama.

Kelmarin, dia melakukan 3 pukulan di bawah par 69 sekali gus membolehkannya menjulang gelaran juara.

Azman yang memulakan saingan hari terakhir itu dengan ketinggalan satu pukulan di belakang Ka Tung, mencatat dua birdie pada lubang keempat dan keenam (kedua-duanya par 5) menamatkan kempennya dengan catatan keseluruhan 2 di bawah par 142.

Dia meninggalkan Ka Tung dan Hafiq Hamizan dari Kuala Lumpur Golf and Country Club dengan kelebihan tiga pukulan.

"Saya bangga kerana muncul juara di kalangan jura walaupun pada mulanya agak gementar memulakan aksi pusingan terakhir itu selepas berada dalam satu kumpulan dengan Ka Tung.

"Ka Tung adalah pemain yang berpengalaman," katanya.

Azman telah menjalani latihan selama dua bulan bagi menghadapi kejohanan ini dan usahanya itu telah membawa pulangan yang lumayan.

"Saya yakin untuk mempertahankan gelaran ini tahun depan," katanya.

Pada akhir saingan, Hafiq dan Ka Tung mencatat jumlah keseluruhan 1 di atas par 145 untuk menduduki tempat kedua dan ketiga.

Juara bertahan, Kalana Ibrahim sekadar berpuas hati di tempat keempat dengan 146 pukulan.

Kelly yang merupakan pemain skuad kebangsaan ternyata sukar untuk dipintas pemain lain.

Dia muncul juara dengan kelebihan 10 pukulan ke atas pencabarnya yang lain.

Catatan itu sudah cukup untuk membuktikan betapa cemerlangnya prestasi pemain dari Johor itu pada kejohanan selama tiga hari itu.

"Pada mulanya saya hilang fokus kerana menyedari akan berdepan dengan jura dari Pulai Springs Resort, Kim Do-yeon dari Korea Selatan.

"Tetapi selepas, melihat catatannya yang kurang meyakinkan, saya mula yakin dengan diri sendiri dan meneruskan kempen pada kejohanan ini tanpa ada perasaan takut mahu pun gementar," kata Kelly.

Pengarah eksekutif Clearwater Sanctuary Golf Resort, Kenny Yap berkata: "Saya bangga melihat prestasi pemain yang beraksi pada kejohanan ini. Pukulan mereka hebat dan saingan antara mereka juga sangat sengit."

Hadiah untuk pemain yang melakukan pukulan paling jauh pada kejohanan itu menjadi milik Jenos Tinggal dari Kelab Golf Tambunan, Sabah dengan jarak pukulan sejauh 264 meter.

Kategori wanita pula berada dalam genggaman Kelly dengan jarak sejauh 242 meter.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Majalah Golf Malaysia yang turut mendapat sokongan Ashworth, Svenson, Men's Skin Centres, Nuvafemme, Nature Valley, Black 99, Sunplay 130, Isomax, Daisy Spring dan Heineken.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...