Skip to main content

Pingat perak, layak ke Laos

Oleh Azidan Nahar
azidan@bharian.com.my




Rangsangan buat Linda

PINGAT perak dan layak ke Sukan Sea mengiringi kepulangan jaguh lompat bergalah negara, Roslinda Samsu (gambar) ke tanah air selepas menyertai kejohanan kompetitif pertamanya di Terbuka Taiwan, Khamis lalu.

Walaupun hanya melakukan lompatan setinggi 4.14 meter, ia tampak sudah mencukupi bagi memberikannya landasan baik untuk lebih menyerlah tahun ini dengan sasaran layak ke Kejohanan Dunia di Berlin, Ogos nanti.

Roslinda melakukan lompatan bermula pada ketinggian 3.84 seterusnya 3.94, 4.04 dan 4.14m, semuanya dengan sekali lompatan sebelum gagal dalam usahanya melepasi ketinggian 4.24m.

Pencapaiannya yang memiliki rekod peribadi terbaik 4.40m yang juga rekod kebangsaan itu tampak tidak begitu memberangsangkan tetapi jurulatihnya, Manshahar Abdul Jalil menegaskan anak didiknya baru berada pada tahap permulaan.

"Ini adalah kejohanan pertama disertai, kita sebenarnya mensasarkan dia melakukan sekitar 4.10 atau 4.20m saja pada permulaan ini. Lompatannya itu juga bagaimanapun sudah melepasi rekod Sukan Sea," kata Manshahar yang baru pulang ke tanah air kelmarin.

Selepas ini, katanya, jika ada kejohanan utama lain, dia mungkin akan menyenaraikan Roslinda bagi membolehkan atlit berusia 24 tahun itu mencapai tahap kemuncaknya dengan sasaran untuk melepasi 4.35m bagi layak ke Kejohanan Dunia.

Jelasnya, Roslinda mungkin akan menyertai Terbuka Thailand penghujung bulan depan tetapi ia juga bergantung sama ada ada lagi kejohanan lebih kompetitif terutama di Jepun yang berlangsung pada tarikh yang sama.

"Untuk ke Berlin (Kejohanan Dunia) dia seharusnya menyertai kejohanan lebih kompetitif terutama di Eropah pada Mei dan Jun kerana di sana lebih banyak saingan dan dia boleh cuba untuk melepasi 4.35m," katanya.

Manshahar mensasarkan Roslinda untuk lebih menyerlah pada Kejohanan Trek dan Balapan Asia (ATF) di China November ini kerana dia adalah juara bertahan manakala beraksi Kejohanan Dunia sebagai bonus.

Pada penghujung tahun, Roslinda dijangka sekali lagi akan ke Sukan Sea untuk mempertahankan pingat emas dimenanginya dengan Manshahar menetapkan sasaran lebih besar pada Sukan Komanwel pada Mac 2010.


Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...