Skip to main content

Robani, Roslinda calon utama anugerah Masum


PELARI 110 berpagar negara, Mohd. Robani Hassan dan jaguh lompat bergalah, Roslinda Samsu menjadi calon utama Anugerah Olahragawan/Olahragawati Masum, hujung minggu ini.


KUALA LUMPUR - Atlet olahraga negara, Robani Hassan dan Roslinda Samsu antara calon utama Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) yang akan berlangsung di Kuantan, hujung minggu ini.

Robani selaku wakil Universiti Putra Malaysia (UPM) berdepan empat pencalonan lain antaranya atlet boling, Mohammad Zaim Zufadli dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysai (UIAM).

Sementara Roslinda pula bersaing dengan atlet bola jaring Universiti Malaya (UM), Yap Sou Keun dan tiga lagi atlet dari universiti yang lain.

Roslinda yang juga atlet lompat bergalah negara merupakan pemenang pada tahun sebelumnya.

Pemenang anugerah akan menerima habuan RM3,000 dan trofi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Promosi dan Penajaan majlis, Nur Ekmal Buhary berkata, anugerah itu memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar universiti yang mencipta kejayaan pada kejohanan tempatan mahupun antarabangsa.

''Pelajar-pelajar ini banyak mencipta kejayaan di dalam dan luar negara cuma ada sesetengahnya tidak dihebohkan

''Oleh itu, kami mengambil peluang ini untuk memberi pengiktirafan sewajarnya kepada mereka sekali gus menaikan nama universiti terbabit,'' katanya

Difahamkan, sebanyak 20 universiti tempatan yang bernaung di bawah Masum telah menghantar satu calon terbaik bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

''Panel pemilihan kami telah menilai prestasi calon-calon yang dihantar sejak Februari lalu dan menyenaraikan hanya 5 orang calon yang terbaik sahaja untuk merebut gelaran yang dipertandingkan.

''Kriteria penilaian terbabit pula melibatkan prestasi-prestasi calon dalam beberapa kejohanan antaranya Sukan Universiti ASEAN (SUA), Olimpik Beijing, serta kejohanan tempatan dan dunia lain sepanjang tahun 2008,'' jelasnya

Selain dua kategori tersebut, terdapat beberapa lagi kategori dipertandingkan iaitu, Anugerah Bintang Harapan, Pasukan Terbaik, Pengurus Terbaik, Jurulatih Terbaik, Tokoh Sukan Masum, Sekalung Budi serta Anugerah Rakan Sukan Masum dan Anugerah Khas.

Penyampaian anugerah ini akan disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Sabtu ini.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...