Skip to main content

Saingan sengit skuad pelapis

Oleh Hasnira Hassan
niera@nstp.com.my




Prestasi pemanah muda semakin meningkat

KETIKA kebangkitan pemanah skuad pelapis elit tampak menggugat penguasaan senior, atlit Olimpik, Wan Khalmizam Wan Abd Aziz punya pendapat berbeza terhadap perkembangan yang disifatkan sebagai positif.

"Ini persaingan yang sihat," katanya tanpa nada bimbang sambil tersenyum. "Ini bermakna, kami (senior) tidak boleh ambil mudah. Tiada lagi jaminan tempat buat kami kecuali perlu bersaing merebutnya."

Tiga pemanah pelapis elit - Mohd Zulkifli Tahir, Izzuddin Abd Rahim dan Arif Farhan Ibrahim Petra - mendapat pengiktirafan ketua jurulatih negara, Lee Jae-hyung yang mula mengatur kombinasi sesuai sekali gus mengubah gandingan trio Olimpik, Wan Khalmizam, Cheng Chu Sian dan Mohd Marbawi Sulaiman.

Lantas, Jae-hyung membayangkan tiada jaminan tempat untuk tiga pemanah senior itu pada kejohanan antarabangsa bermula pusingan kedua Piala Dunia di Croatia, Mei ini yang hanya terhad kepada empat pemanah.

"Negara lain seperti China dan Korea juga mempunyai atlit pelapis yang hebat sekali gus menjadikan mereka sebagai rakan sepelatih.

"Pemanah pelapis kita memang kian meningkat, cuma mereka perlukan pengalaman dan pendedahan tambahan dalam kejohanan antarabangsa," katanya.

Perkembangan itu juga membuatkan Wan Khalmizam berharap dapat menamatkan pengajiannya yang tertangguh di Universiti Putra Malaysia

"Sebelum ini, saya kerap menangguhkan pelajaran kerana memberi tumpuan terhadap karier terutama sebelum Sukan Olimpik tahun lalu. Malah, saya juga tidak dapat menduduki peperiksaan penting.

"Kini, dengan adanya pemanah muda, Malaysia mempunyai banyak pilihan dan setidak-tidaknya, ada juga masa untuk saya menumpukan juga kepada pelajaran," katanya.


Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...