Skip to main content

Sasaran Kata: Azizulhasni, Rizal permata negara


Oleh Norbakti Alias

Ini waktunya Ismail Sabri perlu sokong rakyat Malaysia yang mahu takluk dunia

KEJAYAAN dua pelumba basikal trek - Azizulhasni Awang dan Mohd Rizal Tisin yang masing-masing meraih pingat perak dan gangsa di Kejohanan Trek Dunia di Pruszkow, Poland, menandakan atlit berbasikal negara kini sudah benar-benar bertaraf dunia.

Seperti kata Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Datuk Naim Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Trek persekutuan itu, zaman sekadar melayakkan diri ke Kejohanan Dunia sudah berlalu, kini fasa untuk menggapai kedudukan terpuji dan meraih pingat.

Mungkin jika kenyataan ini dibuat dulu, ramai yang tersenyum sinis, namun program yang diatur MNCF termasuk mengadakan pangkalan latihan di Melbourne, Australia di bawah jurulatih, John Beasley, kini sudah membuahkan hasil.

Penulis juga tumpang berbangga dengan kejayaan kedua-dua pelumba itu yang sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat basikal negara.

Malah, penulis percaya kejayaan Azizulhasni dan Rizal - dua anak muda dari Dungun dan Klang ini, mampu memberi suntikan yang amat diharapkan oleh sukan basikal trek di negara ini.

Fenomena 'pocket rocketman', gelaran yang diberi kepada Azizulhasni, harus digunakan MNCF untuk mengenalpasti lebih ramai 'Azizulhasni' dan 'Rizal' untuk diketengahkan.

Harap-harap MNCF tidak akan mengidap penyakit yang sering melanda persatuan sukan negara - cepat leka dan hanya bergantung kepada beberapa kerat bintang mereka untuk meraih kejayaan tanpa ada usaha mewujudkan barisan pelapis berwibawa.

Ketika ini, tiada lagi alasan sama ada atlit bertubuh kecil atau nampak kurang bermaya kerana Azizulhasni dan Rizal sudah membuktikan ia bukan alasan.

Rizal hanya pelumba bertubuh kurus manakala Azizulhasni pula rendah sehinggakan sukar untuk mempercayai kedua-duanya adalah pelumba basikal trek yang biasanya disertai mereka yang bertubuh sasa.

Petang ini, Azizulhasni dan Rizal akan pulang ke tanah air sehingga 10 April ini, dan pasti ada sambutan akan diberi kepada mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Penulis cukup bersyukur kerana kedua-dua pelumba ini berpangkalan di Melbourne ketika ini. Percayalah, jika mereka lama di sini, pasti kita akan lihat pelbagai bentuk perayaan atau pesta disertai mereka, sama ada dengan rela mahu pun terpaksa.

Apa yang penting ketika ini adalah untuk MNCF melindungi barisan pelumba mereka, khususnya Azizulhasni dan Rizal, daripada kelompok tertentu yang mahu menumpang atau mencari nama pada detik kejayaan ini.

Lihat sahaja bagaimana bintang badminton negara, Lee Chong Wei diarak ke sana ke mari sebaik pulang dengan pingat perak di Sukan Olimpik Beijing, sehingga ada yang lupa menangani masalah kepenatan pemain itu yang kemudian menjejaskan persembahannya buat beberapa bulan.

Bukan apa, penulis khuatir segala keraian akan melekakan pelumba trek ini daripada tanggungjawab sebenar memburu pingat emas di Sukan Olimpik London 2012. Tanpa 'pelindungan', penulis khuatir Azizulhasni dan Rizal akan cepat sekadar menjadi 'sejarah' basikal negara.

Bagi penulis, Azizulhasni dan Rizal serta rakan sepasukan lain adalah permata yang harus terus digilap agar kejayaan yang ada, tidak terhenti setakat itu.

Namun, penulis percaya kumpulan pelumba ini, khususnya Azizulhasni mampu menangani keadaan dengan lebih baik. Anak muda dari Dungun itu yang kali pertama penulis temui pada 7 Ogos 2008 di Lapangan Terbang Beijing sebaik tiba dari Valencia, Sepanyol, jelas orang yang punya karektor utuh dengan keyakinan tinggi.

Ketika Rizal dan seorang lagi pelumba, Muhamad Edrus Yunos, nampak agak pendiam, Azizulhasni cukup yakin berdepan media, sama seperti Josiah Ng - sesuatu yang cukup jarang dimiliki atlit tempatan.

Malah, dalam pertemuan kedua di Oakley House ketika skuad basikal negara menyertai majlis anjuran penaja kaca mata mereka, beberapa hari selepas itu, Azizulhasni sudah berani bergurau dengan wakil media Malaysia, biarpun baru kali kedua berjumpa.

Selepas melihat aksinya di Velodrome Laoshan, Beijing, tumpuan media Malaysia ketika itu adalah pada Azizulhasni - jelas atlit bertaraf dunia biarpun dengan tubuh cukup kecil pada ketinggian 1.67 meter sahaja - selain Chong Wei, hingga ada masanya, kami pening memikirkan jarak perjalanan antara kedua-dua gelanggang itu yang mengambil masa kira-kira sejam.

Penulis juga berharap selepas ini, program pembangunan basikal trek negara serta persiapan untuk kumpulan pelumba sedia ada, khususnya bagi Azizulhasni dan Rizal, mendapat pertimbangan sewajarnya daripada Majlis Sukan Negara.

Mereka perlu sokongan padu daripada semua pihak, termasuk daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Inilah waktunya untuk Ismail Sabri memberi sokongan kepada rakyat Malaysia yang mahu menakluk dunia. Pulangannya mungkin lewat tapi ia lebih kekal.

Pihak di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) perlu celik mata dan tahu siapa berhak mendapat perhatian dan ganjaran. Bukan suka-suka menyokong permohonan tanpa tahu latar belakang pihak yang memohon.

Lagipun basikal adalah antara tiga sukan sasaran di London 2012 selain badminton dan memanah. Kita sama-sama tunggu tindakan KBS.


Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...