Skip to main content

Skuad trek perlu sokongan

http://www.nst.com.my/Tuesday/Sport/2519320/insidepix1

PRUSZKOW: Jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley, mengakui betapa peluang yang dihidangkan untuk kembali melatih skuad negara asalnya adalah suatu yang menarik.

Namun Beasley yang pernah menjadi jurulatih kepada juara pecut dan keirin Olimpik 2004, Ryan Bayley sebelum digantikan pengendali Kanada, Martin Barras, menyatakan keutamaannya ketika ini adalah untuk meyakinkan pihak berkuasa Malaysia supaya memberikan sokongan yang lebih padu.

Sejak beberapa tahun lalu, semakin ramai pelumba muda negara dilahirkan dalam acara trek menyaksikan mereka berjaya meraih pengiktirafan serta memenangi perlumbaan dalam siri elit Piala Dunia, menyaingi kuasa besar seperti Britain, Perancis, Australia dan Jerman.

Kelmarin, pada final acara pecut lelaki Kejohanan Trek Dunia, pelumba negara, Azizulhasni Awang hampir mencatatkan kejutan terbesar ketika berdepan pelumba Perancis, Gregory Bauge sebelum pengalaman memisahkan pelumba negara.

Selepas memenangi siri keirin Piala Dunia pada awal tahun ini, dia kelihatan hampir meraih emas tetapi terpaksa berpuas hati dengan perak di belakang Bauge, namun sudah cukup mencetuskan andaian bahawa andai terus diasuh, dia bakal menjadi juara Olimpik.

Kejayaan itu bermakna Malaysia membawa pulang dua pingat dari Piala Dunia selepas Mohd Rizal Tisin turut mencatat sejarah apabila meraih pingat gangsa - pingat pertama Malaysia dalam Kejohanan Dunia dalam acara empat pusingan yang dimenangi Stefan Nimke dari Jerman.

Beasley yang mengetuai program trek Malaysia di Melbourne, menghamburkan pujian melangit kepada Rizal dan Azizulhasni, 21, yang dianggap pelumba pilihan dalam acara keirin.

Ditanya apakah kemenangan itu mampu meningkatkan lagi sokongan terhadap pasukannya, dia berkata: “Saya suka kalau ia begitu tetapi kami berdepan sedikit masalah di Malaysia ketika ini.

“Ada menteri sukan yang baru di sana dan mereka memutuskan untuk meletakkan semua rangkaian kami - kakitangan kami dalam kedudukan kontrak bulanan. Saya sudah berusaha mengatasi perkara ini, jadi keadaan itu tidak cukup sempurna bagi saya, pelumba dan pasukan,” katanya kepada AFP.

Beasley, yang bapanya John turut menjadi salah seorang daripada empat rakyat Australia yang terpilih untuk menyertai Tour de France pada 1952, gembira dengan kemajuan yang dicapai anak didiknya walaupun dia percaya mereka sudah sedia untuk cabaran lebih besar. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...