Skip to main content

Terbuka India: Satu lepas, dua tersungkur


JULIA terpaksa akur kepada kehebatan Pi Hongyan pada perlawanan akhir perseorangan wanita Terbuka India semalam.


NASIB berbeza dialami kem badminton negara pada Kejohanan Terbuka India semalam apabila pasangan beregu veteran berjaya muncul juara ketika dua lagi pemain perseorangan tersungkur di peringkat akhir.

Pilihan utama, Chong Tan Fook-Lee Wan Wah mempamerkan kelas tersendiri dengan menumpaskan pasangan Singapura, Hendri Kurniawan Saputra-Hendra Wijaya 21-9, 21-11 untuk menjuarai acara beregu lelaki pada aksi di Stadium Gachibowli, Hyderabad itu.

"Mereka tidak bermain dengan baik, banyak melakukan kesilapan dan kami pun terus mengutip mata untuk memenangi permainan sejak set pertama.

"Ia satu perlawanan yang agak mudah bagi kami," kata Wan Wah mengenai kejayaan mereka semalam.

Begitupun, nasib berbeza pula menimpa dua pemain perseorangan negara, Mohd. Hafiz Hashim dan Julia Wong Pei Xian yang tumpas di peringkat akhir.


TAN FOOK (kanan) dan Wan Wah mudah mengenepikan pasangan Singapura dalam acara akhir beregu lelaki semalam.


Meskipun memulakan permainan dengan baik, Hafiz bagaimanapun hilang tumpuan ketika berdepan pemain No. 7 dunia, Taufik Hidayat dari Indonesia dan terpaksa akur dengan kekalahan staright set, 18-21, 19-21.

Dengan kepantasan dan ketepatan hantaran, Taufik yang tampil lebih yakin sebagai pemain pilihan kedua kejohanan, mudah menjinakkan Hafiz dan membawa pulang hadiah kemenangan AS$9,000 (RM32,557).

Dalam kategori perseorangan wanita pula, Julia yang membuat kejutan memenangi set pertama ke atas pemain yang lebih berpengalaman, Pi Hongyan dari Perancis, gagal menyaingi kehebatan lawannya itu dalam dua set seterusnya.

"Dia membuka kembali permainan dan membuatkan saya berlari segenap penjuru gelanggang sekali gus menyebabkan saya membuat banyak kesilapan dan kehilangan beberapa mata.

"Saya sangat kecewa. Ini kekalahan ketiga saya dalam perlawanan akhir," kata Julia yang masih memburu kejuaraan pertama dalam kariernya.

Dalam kategori beregu wanita pula, pasangan China, Jin Ma- Xiaoli Wang menewaskan pasangan Indonesia, Vita Marissa- Nadya Melati 21-14, 21-13 untuk muncul juara.

Pasangan Indonesia, Flandy Limpee-Vita Marissa pula berjaya menyekat hajat pasangan tuan rumah, India Diju Valiyaveetil-Jwala Gutta apabila menang 21-14, 21-17 untuk merangkul gelaran beregu campuran. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...