Skip to main content

Akta ISN dipinda, KBS tagih sumbangan NGO

Oleh Meor Hisham Zulkifli
sham@bharian.com.my


AHMAD Shabery bersama pasukan hoki SMK Convent (jersi oren) dan SM Sains Seri Puteri di Stadium Hoki Tun Razak semalam.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan membuat pindaan terhadap Akta Institut Sukan Negara (ISN) dalam usaha menjadikan badan itu sebagai peneraju utama pembangunan sukan negara.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, banyak perkara boleh dibuat oleh ISN dalam membantu pembangunan sukan negara kerana sukan dan sains adalah bidang yang besar dan sering berkembang.

"Akta ISN perlu diubah bagi membolehkan ia bergerak sendiri sebagai sebuah badan dan tidak perlu lagi bergantung dengan badan lain," katanya selepas membuat lawatan ke ISN, Bukit Jalil, semalam.

Beliau berkata, bacaan pertama bagi pindaan akta itu akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini dan dijangka diluluskan dalam tahun ini.

"ISN perlu melakukan perubahan bagi menghidupkan industri sukan di negara ini sehingga sampai satu tahap kerajaan tidak perlu banyak campur tangan dan mengeluarkan belanja yang besar bagi membantu pembangunan sukan negara," katanya.

Ahmad Shabery berkata beliau yakin ISN dapat menjadi penggerak kepada perubahan itu dan pihaknya sedia menerima cadangan daripada ISN dalam usaha untuk sama-sama membangunkan sukan negara.

Dalam majlis berasingan, Ahmad Shabery berkata, KBS akan mengkaji bentuk bantuan yang boleh disalurkan terhadap badan bukan kerajaan (NGO) terutama yang terbabit dalam sukan prestasi tinggi.

"Dalam bidang badminton umpamanya, kita akan memberikan sokongan yang berterusan kepada NGO selain badan induk supaya badminton mampu meraih pingat emas pertama negara di Olimpik kelak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Nusa Mahsuri, Jalani Sidek. Turut hadir Rashid Sidek, Roslin Hashim dan Rahman Sidek serta beberapa pemain kelab berkenaan.

Ahmad Shabery berkata, kewujudan NGO seperti Nusa Mahsuri dapat membantu usaha kerajaan melahirkan generasi atlit pelapis terutama dengan rekod kelab berkenaan yang sebelum ini pernah menjalankan klinik badminton di sekolah-sekolah.

"Usaha ini selaras dengan langkah kementerian meningkatkan penyertaan massa dalam aktiviti sukan. Selepas ini, bukan saja badan induk sukan saja yang dibantu, persatuan seperti ini juga akan mendapat bantuan kerana ia turut menyumbang ke arah sukan massa.

"Nusa Mahsuri mungkin akan dapat banyak bantuan bagi menjalankan program klinik badminton kerana ia dianggap berkesan kerana sudah mempunyai ikonnya sendiri, selaras dengan usaha kementerian melahirkan lebih ramai ikon sukan." -BERITA HARIAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...