Oleh Azidan Nahar
azidan@bharian.com.my
ANUAR diapit Mohd Harrif (kiri) dan Kudentsov di podium saingan Peringkat 5 perlumbaan berbasikal Jelajah Malaysia, semalam. |
Terus gah ungguli saingan Peringkat 5 Jelajah Malaysia, semalam
KINI dua peringkat sudah 'ditawan' dan Anuar Manan jelas memasang impian lebih besar mencatat kejayaan hatrik selepas mengungguli saingan Peringkat 5 perlumbaan berbasikal Jelajah Malaysia dari Kuala Terengganu ke Kuantan, semalam.
Pelumba berusia 23 tahun itu yang mengungguli saingan Peringkat 4 dari Pasir Mas ke Kuala Terengganu kelmarin nyata masih memiliki kudrat memecut pada 100 meter ke penamat untuk catatan 4 jam 49 minit 40 saat - mengatasi seorang lagi pelumba tempatan Mohd Harrif Salleh dan Sergey Kudentsov dari Polygon Sweetnice.
Dan kejayaan semalam terhasil daripada kerja keras Anuar dan pasukannya, Azad University pada sepanjang 100 kilometer terakhir dari keseluruhan jarak 199.5 selepas pelumba China dari Trek Marco Polo, Xing Yandong secara solo melarikan diri dari kelompok besar pelumba selepas Zon Pecutan 1 di KM46.6 dekat Jambu Bongkok, Marang.
“Esok saya mahukan lagi kemenangan,” kata Anuar yang sehingga kini mengumpul tujuh kemenangan dalam tiga edisi Jelajah Malaysia.
Comments
Post a Comment