Skip to main content

Azizulhasni sambil menyelam minum air

Oleh Meor Hisham Zulkifli
sham@bharian.com.my


Azizulhasni Awang

JAGUH berbasikal negara, Azizulhasni Awang, bertekad membuktikan kejayaan di trek mampu seiring dengan kecemerlangan dalam pendidikan apabila mula mendaftar sebagai siswazah di Universiti Deakin, Australia pada Jun ini.

Dia yang akan mengikuti pengajian jurusan perdagangan dengan pengkhususan sains sukan di universiti itu selama empat tahun, merasakan pengajiannya tidak akan menggugat prestasinya selaku atlit.

"Saya merasakan di samping berkayuh, nak isi diri juga dengan ilmu. Jadi selepas ini saya perlu pandai membahagi masa dan akan cuba menjadi teladan kepada adik-adik generasi muda mengenai kepentingan membahagi masa.

"Saya harap walaupun berjaya dalam sukan, saya juga berjaya dalam pelajaran," katanya yang turut disandarkan harapan untuk meraih pingat emas pertama negara di Olimpik dalam acara trek lumba basikal.

Dia yang diletakkan sebagai pelumba ranking nombor satu dunia menjelang saingan dunia di Poland baru-baru ini berkata, kemasukannya ke universiti itu turut mendapat dorongan daripada jurulatih, John Beasley.

"Dia menggalakkan saya memohon belajar di universiti itu dan selepas dua minggu mengemukakan permohonan, saya diterima masuk. Malah, lokasi universiti ini terletak kira-kira 20 minit dari tempat saya berlatih di Veledrom Joe Chiabola di Melbourne.

"Malah, MSN (Majlis Sukan Negara) banyak membantu saya dalam aspek ini, termasuk memberikan biasiswa untuk menampung yuran pengajian di sana," katanya selepas bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, di Putrajaya semalam.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata kementerian akan memberikan sokongan penuh dan mengucapkan selamat berjaya pada Azizul yang bakal menyambung pengajiannya di sana.

"Kita akan memberikan segala bantuan yang diperlukannya. Kita akan lihat apa lagi bantuan yang boleh disalurkan kepadanya andai ia tidak diliputi oleh MSN dan kerajaan Terengganu.

"Pada masa sama, kementerian akan turut membantu daripada segi mencari penajaan kerana kementerian merasakan tidak ada masalah, bagi atlit negara ditaja oleh mana-mana pihak untuk menyertai pertandingan.

"Pada Jelajah Malaysia yang berakhir semalam, Annuar Manan beraksi untuk Universiti Azad, Iran. Untuk atlit lain, kita tiada sebarang masalah untuk membenarkan mereka mendapat tajaaan, malah akan turut membantu mencari penaja," katanya. BERITA HARIAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Badminton: Fans rooting for all-Malaysian semis

Reports: RAJES PAUL KUALA LUMPUR: The home fans will be rooting for an all-Malaysian men’s singles semi-final between Lee Chong Wei and Liew Daren. But Chong Wei is more fancied to advance than Daren in quarter-final matches against Indonesian Simon Santoso and Dane Peter Gade-Christensen respectively at the Putra Stadium in Bukit Jalil today. Yesterday, Chong Wei defeated Vietnamese Nguyen Tien Minh 21-9, 18-21, 21-7 in a second-round match that saw the world number one struggling to adapt to the draught in the stadium in the second game. And Daren continued a fairy tale run in his home Open, blowing away a toothless Hsueh Hsuan-yi of Taiwan 21-14, 21-12. Although Choong Wei had to slog for the win over Tien Minh, the top seed and defending champion felt that he was playing better by the day. “I got off to a good start but found it hard to cope with the draught. I tried to catch up after losing my momentum but that did not happen and I decided to conserve energy for ...