JAGUH lumba basikal negara, Azizulhasni Awang akan melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan sukan di Universiti Deakin, Melbourne, Australia pada awal Jun depan.
Beliau berkata keputusan itu diambil bagi melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebagai persediaan pada masa depan.
"Walaupun perlu memberikan tumpuan dan 'berkayuh' di Sukan Olimpik 2012 London, saya juga perlu mencari ilmu bagi kegunaan diri sendiri," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek semalam.
"Langkah melanjutkan pelajaran itu tidak akan menjejaskan latihannya di Australia kerana jarak antara universiti berkenaan dengan pusat latihan iaitu Velodrom Joe Ciavola hanya melibatkan perjalanan 20 minit sahaja," katanya.
"Saya akan cuba membahagikan masa yang seimbang antara pelajaran dan latihan kerana kedua-duanya adalah penting dan menjadi keutamaan kepada diri saya."-KOSMO
Comments
Post a Comment