Skip to main content

Hoki Piala Asia: Sri Lanka tarik diri


TENGKU ABDULLAH (kanan) meluangkan masa meninjau persiapan di Stadium Hoki Indera Mahkota, Kuantan semalam menjelang Kejohanan Piala Asia bulan depan.


SRI LANKA menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Kejohanan Hoki Piala Asia edisi kelapan di Kuantan pada 9 hingga 16 Mei depan.

Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, beliau baru saja dimaklumkan mengenai perkara itu semalam, namun tidak menjelaskan punca penarikan diri pasukan tersebut.

Beliau meminta Persekutuan Hoki Asia (PHA) mencari pengganti secepat mungkin agar tidak mengganggu jadual pertandingan.

Katanya, PHA memandang berat perkara tersebut kerana kerajaan Pahang sanggup menjadi tuan rumah dan berbelanja hampir RM1.3 juta untuk menaik taraf kemudahan di Stadium Hoki Wisma Belia, Kuantan selepas Dubai menarik diri daripada menganjur kejohanan itu.

"Jika boleh kita mahu lapan pasukan yang akan berentap, namun pertandingan tetap akan dijalankan walaupun tiada pasukan bagi mengganti- kan Sri Lanka, cuma ia akan mengganggu perjalanan jadual pertandingan," katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan di Stadium Hoki Wisma Belia semalam.

Kejohanan itu turut disertai juara bertahan India, Korea Selatan, Pakistan, Jepun, Malaysia, China dan Bangladesh.

Mengenai kerja menaik taraf gelanggang kejohanan itu, Tengku Abdullah berkata, beliau amat berpuas hati dengan keadaan stadium berkenaan.

"Cuma ada satu dua kawasan di padang yang perlu dikemaskan lagi dan saya harap kebersihan di sini dapat ditingkatkan lagi," katanya.

Beliau berharap kerja-kerja di stadium berkenaan akan siap sepenuhnya selewat-lewatnya pada awal bulan depan.

Ditanya mengenai persiapan pasukan kebangsaan, Tengku Abdullah berkata, pemain sudah bersedia menghadapi kejohanan itu.

Katanya, PHM menyasarkan pasukan kebangsaan menduduki tempat empat terbaik supaya mendapat slot automatik ke kejohanan Piala Dunia di New Delhi, India tahun depan.

KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...