Skip to main content

Jelajah Malaysia - Roe rampas Jersi Kuning


ROE (kanan) muncul pendahulu keseluruhan selepas menjuarai
perlumbaan peringkat ketujuh Jelajah Malaysia 2009 semalam.


SELEPAS empat hari gah muncul pendahulu keseluruhan Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Malaysia 2009 (JM’09), kini Mehdi Sohrabi terpaksa menyerahkan Jersi Kuning kepada pelumba pasu- kan Savings & Loan Cycling Team, Timothy Roe.

Roe berjaya merampas Jersi Kuning daripada pelumba pasukan Tabriz Petrochemical Cycling Team itu selepas berjaya menjuarai peringkat ketujuh dari Tanjung Malim ke Genting Highlands semalam.

Catatan 3 jam 01 minit 21 saat yang dilakukan Roe semalam sudah cukup baginya untuk muncul pendahulu keseluruhan buat pertama kali pada kejohanan kali ini.

Tempat kedua menjadi milik Ghader Mizbani dari pasukan Tabriz Petrochemical Cycling Team manakala rakan sepasukan Roe, Jai Crawford menduduki tempat ketiga selepas kedua-dua pelumba itu turut mencatat masa 3’01:21s.

Bagi Roe, kejayaan berganda yang diraih itu dianggap cukup manis, apatah lagi dia kini memimpin saingan ketika perlumbaan JM’09 berbaki satu peringkat sahaja lagi.

“Ini adalah hari terbaik saya pada JM’09. Saya cukup gembira kerana berjaya menjuarai perlumbaan pada peringkat yang paling mencabar pada kejohanan ini.

“Segala-galanya berjalan dengan baik sejak awal perlumbaan lagi. Saya dan rakan sepasukan yang lain tidak banyak menghadapi masalah besar dan kami saling bekerja- sama antara satu sama lain.

“Kejayaan ini memberi petanda bahawa kami mampu memberi cabaran kepada pasukan pilihan lain,” kata pelumba kelahiran Australia itu.

Roe menambah, kejayaannya itu telah membakar sema- ngatnya untuk terus mempertahankan Jersi Kuning dalam acara kriterium (peringkat kelapan) di Dataran Merdeka hari ini.

“Bagaimanapun, saya sedar para pencabar saya pasti akan cuba untuk memburu masa terbaik pada perlumbaan esok (hari ini).

“Saya cuma berharap dapat mengekalkan kayuhan konsisten dari awal hingga tamat perlumbaan nanti,” katanya.

Crawford pula mengakui, dia agak kecewa selepas hanya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

“Mungkin pada perlumbaan akan datang, saya mampu muncul juara tetapi apa yang lebih penting, pelumba dari pasukan kami menjuarai peringkat ketujuh ini,” kata

Crawford yang disebut-sebut antara pelumba pilihan yang mampu menawan Genting Highlands semalam.

Pada perlumbaan sejauh 116. 2 kilometer semalam, para pelumba terpaksa mengharungi tiga zon pecutan dan tiga zon pendakian.

Zon pecutan pertama di Batang Kali (32.5km), zon pecu- tan kedua di Serendah (45..4km) manakala zon pecu- tan ketiga di Sungai Tua (70.4km).

Zon pendakian pertama pula di Templer Park (63km), zon pendakian kedua di Batu Dam (85km) dan zon pendakian ketiga di Genting (116.2km).

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...