Skip to main content

Kegembiraan Anuar tidak berpanjangan


KEGEMBIRAAN yang dikecapi Anuar Manan semalam tidak kekal lama.

Kira-kira empat jam selepas ditabalkan selaku pemegang baru Jersi Hijau (Raja Pecut) pada peringkat keenam JM'09 dari Kuantan ke Bera, Anuar terpaksa akur apabila jersi yang dimena- nginya itu ditarik balik.

Semuanya gara-gara keputusan pegawai perlumbaan (komisar) yang menarik balik hukuman terhadap pelumba pasukan LeTua Cycling Team, Samai.

Terdahulu, komisar tidak mengesahkan kemenangan Samai pada zon pecutan kedua di Maran (58.6 kilometer) selepas pelumba kelahiran Indo- nesia itu didakwa menyiku Anuar.

Begitupun, selepas pengurusan LeTua Cycling Team membuat bantahan dengan mengemukakan hujah serta bukti sahih kepada pihak komisar, akhirnya Samai didapati tidak melakukan seba- rang kesalahan seperti yang didakwa.

Situasi itu menyaksikan Samai kembali diiktiraf sebagai pemenang pada zon pecutan kedua, sementara Anuar sekadar berada di tempat kedua.

Sekalipun Jersi Hijau yang dimenanginya telah ditarik balik, Anuar tidak menganggap insiden yang berlaku itu sebagai satu masalah besar buat dirinya.

Sebaliknya, dia semakin bersemangat untuk kembali mendapatkan jersi tersebut pada perlum- baan peringkat ketujuh dari Tanjung Malim ke Genting Highlands hari ini.

"Saya tidak ada masalah dengan apa yang telah berlaku dan saya terima keputusan yang dibuat komisar.

"Pada perlumbaan esok (hari ini), saya akan cuba berjuang habis-habisan dan saya yakin boleh dapat Jersi Hijau semula," kata Anuar yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-71 semalam.

Anuar menambah, selain berusaha mengutip se- berapa banyak mata pada perlumbaan sejauh 117km hari ini, dia juga mengintai peluang untuk menduduki kedudukan terbaik dalam acara krite- rium pada peringkat kelapan di Dataran Merdeka esok.

"Dalam saingan kriterium, saya akan buat sehabis baik bagi membolehkan saya menyarung Jersi Hijau buat tahun ketiga berturut-turut," kata pelumba pasukan Azad University Continental Team itu.

Untuk rekod, Anuar berjaya memenangi gelaran Raja Pecut selama dua tahun berturut-turut sebelum ini ketika mewakili pasukan LeTua Cycling Team.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...