Skip to main content

Nicol mahu tunjuk kuasa di Cayman

Oleh Harris Rajahdin

harajah@bharian.com.my


Nicol

Pentas ujian selepas berehat hampir dua bulan

IA bukan percutian semata-mata buat Nicol David yang akan berkunjung ke destinasi pelancongan, kepulauan Cayman minggu depan dalam misinya menegakkan kembali penguasaannya dalam pentas skuasy wanita dunia.

Di sana, dia akan menjadikan negara kecil di Caribbean itu sebagai pentas aksi kompetitif selepas berehat hampir dua bulan.

Sambil mengakui dirinya teruja memikirkan mengenai kunjungan pertamanya ke kepulauan yang terletak di Lautan Atlantik itu, pemain nombor satu dunia itu menyedari terdapat misi lebih penting yang perlu dilangsaikan di sana pada Terbuka Cayman pada 5-10 Mei ini.

"Saya belum pernah ke sana dan tidak sabar menimba pengalaman pertama di sana. Saya mengetahui Cayman dikenali dengan pantainya dan resort percutian indah.

"Tetapi saya tidak akan ke sana untuk bercuti semata-mata kerana terdapat sesuatu yang lebih penting iaitu untuk kembali ke rentak kemenangan pada Terbuka Cayman nanti," katanya.

Juara dunia itu yang memburu gelaran pertamanya tahun ini selepas tewas kepada Natalie Grainger pada final Terbuka Kuala Lumpur, Mac lalu berpeluang untuk membalas dendam kepada pemain Amerika Syarikat yang besar kemungkinan menjadi lawannya pada pentas akhir nanti.

Pilihan pertama Nicol, diundi bertemu pemain kelayakan pada pusingan pertama dengan pilihan keenam, Omneya Abdel Kawy menunggunya di suku akhir.

Separuh akhir bakal menyaksikannya kembali beradu dengan pilihan ketiga, Rachael Grinham yang kali terakhir menewaskannya dua tahun lalu di Manchester pada Terbuka British.

Natalie yang menghentikan rentetan tanpa kalah Nicol pada takat 53 perlawanan, diletakkan sebagai pilihan kedua dijangka berdepan pemain yang digantikannya di ranking kedua dunia, Natalie Grinham dari Australia yang jatuh satu anak tangga ke tempat ketiga, pada pusingan empat terakhir nanti.

Dua hari selepas itu, Nicol akan mengalihkan perhatiannya kepada Terbuka Texas di Plano, Dallas yang menandakan kepulangan Nicol ke Texas buat pertama kali dalam lima tahun, dengan penampilan terakhirnya pada 2005 menyaksikan pencapaian terbaiknya mara ke suku akhir.-BERITA HARIAN

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...