Skip to main content

Pemilihan cara sekarang sudah lapuk - Ahmad Shabery


AHMAD Shabery Cheek (bertali leher) mengambil kesempatan bergambar kenangan bersama pasukan hoki sekolah-sekolah semasa mengadakan lawatan di Stadium Hoki Tun Razak, Jalan Duta, semalam. - UTUSAN/ZULAZHAR SHEBLEE


KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu menggunakan pendekatan baru dalam menghasilkan atlet berpotensi tinggi dan mewujudkan impak lebih besar di peringkat antarabangsa.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, pendekatan baru yang mahu dilaksanakan oleh KBS itu adalah mencari bakat-bakat baru pada usia muda oleh badan tertentu.

Katanya, pendekatan yang digunapakai ketika ini adalah kaedah lama dan tidak lagi relevan dalam mencungkil atlet berbakat negara pada masa depan.

Jelasnya, jika pemilihan atlet pelapis hanya bergantung kepada kejohanan peringkat sekolah sahaja, ia sudah ketinggalan dan ia tidak akan memperbaiki tahap pencapaian sukan Malaysia di pentas antarabangsa.

"Kita tidak mahu lagi bergantung kepada kejohanan yang dianjurkan di peringkat sekolah (menengah) sebagai medan mencungkil bakat-bakat baru.

"Pemilihan atlet negara tidak seharusnya daripada cara tersebut. Ia adalah kaedah lama dan negara pasti tidak akan mencapai perubahan jika cara ini diteruskan.

"Saya melihat bahawa perlunya ada satu badan yang bertanggungjawab mengenalpasti bakat di peringkat umur muda lagi (enam atau tujuh tahun)," katanya selepas mengadakan tinjauan di Stadium Hoki Tun Razak, dekat sini semalam.

Ahmad Shabery berkata, untuk menghasilkan atlet berprestasi tinggi dan berdaya saing di peringkat dunia, golongan tersebut perlu dibentuk dan dikawal sejak dari kecil lagi.

Sebagai contoh katanya, pemain badminton Indonesia, Taufek Hidayat sudah mula mencipta kejuaraan ketika berumur 16 tahun dan mula dibentuk sejak usia muda, katanya.

Untuk itu katanya, jika Malaysia masih mengamalkan gaya pemilihan atlet kebangsaan menerusi kejohanan peringkat sekolah, ia sudah terlambat kerana golongan tersebut sudah berusia dan sukar untuk dibentuk.

Jelasnya, KBS perlu menggunakan mekanisme baru dalam menghasilkan atlet yang lebih berdaya saing dan berpotensi tinggi.

Ditanya sama ada badan tertentu itu akan diwujudkan di bawah KBS atau pihak swasta, Ahmad Shabery berkata, satu penyelidikan terperinci akan dilakukan.

Tambahnya, dia juga akan mengadakan perbincangan yang lebih mendalam bersama Kementerian Pelajaran mengenai sistem pembelajaran untuk golongan muda yang terpilih dalam pendekatan baru KBS tersebut.-UTUSAN MALAYSIA

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...