Skip to main content

Piala FA - Selangor kecewakan Kelantan




SELANGOR menang bergaya, Kelantan pula kecewa.
Begitulah yang boleh disimpulkan kepada keputusan perlawanan akhir bola sepak Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Kesudahan babak drama penuh mendebarkan itu, Selangor akhirnya muncul juara selepas mencatat kemenangan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas berakhirnya 120 minit masa permainan.

Ia sekali gus memberikan trofi kejuaraan Piala FA kelima buat Selangor selepas mereka memenanginya pada 1991, 1997, 2001 dan 2005.

Pada penentuan sepakan penalti, empat sepakan Selangor berjaya disempurnakan Khairul Anuar Baharom, Nasriq Baharom, D. Surendran dan Safee Sali.

Bagi Kelantan, hanya sepakan kedua oleh Ahmad Ezrie Shafizie Sazali menemui sasaran manakala sepakan pertama Indra Putra Mahayuddin terkena palang dan sepakan ketiga oleh Zairul Fitree Ishak tersasar.

Suasana di stadium nyata begitu meriah dengan kehadiran seimbang penyokong kedua-dua pasukan yang dianggarkan hampir mencecah 90,000 orang.

Babak awal permainan jelas dikuasai sepenuhnya oleh Selangor dan lambungan ke belakang Safee Sali pada minit kelima nyaris memerangkap penjaga gol Kelantan, Shahrizan Ismail.

Kelantan mula mengimbangi perlawanan selepas memperoleh sepakan sudut pertama pada minit kelapan disusuli keadaan kelam-kabut di dalam kotak penalti Selangor seminit kemudian tetapi berjaya dikeluarkan kapten Selangor, Amri Yahyah.


GEMBIRA... Pemain Selangor meraikan kejayaan mereka muncul juara Piala FA.


Selangor selepas itu kembali mengasak tetapi tiada percubaan berbahaya terhasil, sebaliknya Kelantan pula mula menemui rentak sebaik mereka memberikan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad sentuhan bola pertama pada minit ke-19.

Kelantan memperoleh dua peluang terbaik berturut-turut, menerusi sepakan Ahmad Ezrie Shafizie Sazali yang sedikit melewati palang pada minit ke-21 dan sepakan padu Indra Putra Mahayuddin dari luar kotak penalti pada minit ke-27 tetapi sekadar menggegar palang gol Selangor.

Namun Selangor tidak membiarkan Kelantan terus berkuasa dengan sesekali melakukan gerakan menarik dan pada minit ke-29 hantaran lintang R. Surendren dari sebelah kanan berjaya dipintas Shahrizan sebelum sempat Rudie Ramli menyambarnya.

Sepanjang babak pertama juga, para penonton dihidangkan 'aksi panas' dua bekas pemain Perak, Indra Putra Mahayuddin (Kelantan) dan Hardi Jaafar (Selangor) yang saling berkejaran dan tolak menolak sehingga memaksa pengadil, Subkhiddin Md. Salleh meleraikannya.

Kedudukan separuh masa pertama terikat 0-0.

Babak kedua bermula, peluang terbaik Kelantan hadir pada minit ke-48 tetapi Rizal Fahmi Rosid gagal menanduk tepat hantaran Badhri Radzi manakala peluang Selangor dilepaskan Safee yang gagal mendada kemas hantaran R. Surendren pada minit ke-55.

Jurulatih Selangor, K. Devan cuba menambah kekuatan pada jentera serangan mereka dengan membuat pertukaran pertama pada minit ke-57, memasukkan Amirulhadi Zainal bagi menggantikan posisi Surendren.

Permainan selepas itu semakin rancak apabila kedua-dua pasukan saling melakukan serangan di mana larian solo Khalid Jamlus dipintas Nasriq Baharom pada minit ke-65 dan percubaan Rudie diselamatkan Shahrizan dua minit kemudian.

Babak 10 minit terakhir perlawanan nyata mencemaskan buat Selangor dengan rembatan Nor Farhan Muhammad diselamatkan Hamsani pada minit ke-83 dan libasan cantik Indra Putra sedikit tersasar minit ke-88.

Terikat tanpa jaringan selepas 90 minit masa sebenar, perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan selama 30 minit.

Baru dua minit masa tambahan dimulakan, Kelantan akhirnya berjaya mendahului 1-0 menerusi jaringan Nor Farhan yang terlepas kawalan Razman Roslan lalu menanduk masuk hantaran lintang Badhri dari sebelah kanan.


KECEWA... Pemain Kelantan kempunan untuk merasai kejuaraan Piala FA.


Terdesak memburu gol penyamaan, Selangor melakukan dua pertukaran pada minit ke-96 dan 97 dengan memasukkan Fitri Shazwan Raduwan dan Asraruddin Putra Omar menggantikan Rudie dan Razman.

Hasilnya Selangor berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-100 apabila Amri menanduk masuk hantaran lintang D. Surendran dari sebelah kanan untuk menewaskan Shahrizan.

Namun, kedudukan 1-1 yang kekal sehingga tamat 30 minit masa tambahan memaksa pemenang perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti.

Piala disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Presiden FAS, Tan Sri Annuar Musa (Presiden Kafa) dan Datuk Redzuan Sheikh Ahmad (Timbalan Presiden FAM).

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

KBS realistik

TERUJA...Shabery (dua dari kanan) melancarkan Logo Tahun Industri Sukan 2011-2012 di Casa 1, MSN, semalam.    KETIKA beberapa sukan utama diletakkan sasaran meraih pingat khususnya emas di Sukan Olimpik 2012 London, penyertaan bola sepak dan hoki sebagai keluarga baru program Road To London pula dilihat sekadar membantu mereka melepasi kelayakan. Mungkin bersikap lebih realistik dengan keupayaan kedua-dua sukan itu di pentas lebih tinggi, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu segala bantuan diberikan kepada sejumlah 50 pemain bola sepak dan hoki kebangsaan bagi membolehkan mereka tersenarai sebagai kontinjen ke London. “Bagi acara hoki dan bola sepak, kita tidak boleh melihat bantuan perlu diberi selepas mereka layak tetapi kita akan cuba bantu mereka supaya mereka layak. “Tiada kompromi terhadap misi mendapatkan emas pertama tetapi sasaran kita tahun ini ialah mendapatkan seberapa ramai atlet ke Sukan Olimpik,” katanya selepas mempen...