Skip to main content

Ranking dunia bukan jadi ukuran kejayaan - Beng Hai


SKUAD negara berdepan tugas sukar pada Piala Asia di Kuantan bulan depan.


ANDAI ranking dunia menjadi ukuran, skuad hoki negara mungkin tidak mampu melangkah ke separuh akhir Piala Asia di Kuantan pada 9 hingga 16 Mei depan.

Ini kerana, Malaysia yang berada di ranking ke-15 dunia, diundi bersama pasukan Korea Selatan (ranking ke-5) dan Jepun (11) dalam Kumpulan A manakala pengganti bagi Sri Lanka (41) yang menarik diri kelmarin, masih belum diumumkan.

Namun, itu semua tidak merisaukan jurulatih, Tai Beng Hai kerana apa yang lebih penting baginya ialah keazaman dan kesungguhan yang ada pada diri anak buahnya untuk mencatat kejayaan di hadapan peminat sendiri kelak.

"Jika berdasarkan ranking dunia, kita pasti berdepan kesukaran untuk mara ke separuh akhir kerana Korea Selatan dan Jepun berada pada kedudukan yang lebih baik daripada kita," kata Beng Hai kepada Kosmo! semalam.

"Tapi itu semua tidak merisaukan saya kerana ranking dunia hanyalah reputasi di atas kertas dan sentiasa berubah.

"Bagi saya, apa yang penting ialah prestasi dan kesungguhan pemain di atas padang. Itulah yang bakal menjadi penentu kepada kejayaan dalam sesuatu kejohanan," ujarnya lagi.

Menurut Beng Hai yang dilantik menggantikan Sarjit Singh Januari lalu, skuad negara perlu memenangi satu perlawanan sahaja pada peringkat kumpulan jika berhajat untuk melangkah ke separuh akhir.

Ketika Persekutuan Hoki Asia (AHF) masih belum mengumumkan pengganti Sri Lanka, Beng Hai mengakui anak buahnya perlu menumbangkan gergasi Asia, Korea Selatan, atau Jepun untuk meneruskan kemaraan.

"Secara logiknya selepas Sri Lanka menarik diri, kita perlu menang satu perlawanan sama ada ke atas Korea atau Jepun untuk layak.

"Korea Selatan agak kuat berbanding kita, jadi sasaran realistiknya ialah menang ke atas Jepun.

"Begitupun ini tidak bermakna kita akan beri laluan mudah kepada Korea. Kita tetap akan cuba mencipta kemenangan ke atas Korea, terutamanya selepas tahu serba sedikit corak permainan mereka ketika mengadakan perlawanan persahabatan di kelab-kelab sana," kata Beng Hai lagi.

Skuad negara tiba di Kuantan semalam untuk menjalani persiapan terakhir sebelum pemilihan 18 pemain terakhir bagi Kejohanan Piala Asia yang menawarkan slot tunggal ke Kejohanan Piala Dunia di New Delhi tahun depan.

Selain Korea Selatan dan Jepun yang menjadi halangan Malaysia dalam Kumpulan A, Kumpulan B pula menyaksikan persaingan di antara Pakistan (8), India (10), China (16) dan Bangladesh (34). -KOSMO

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...