Skip to main content

Roslinda gagal lepasi 4.35m

Oleh Azidan Nahar

azidan@bharian.com.my

Raih emas di NS dengan 4.25m, yakin layak ke Kejohanan Dunia

KEGAGALAN menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Thailand akibat masalah keselamatan tidak memberi kesan terhadap jaguh lompat bergalah negara, Roslinda Samsu yang melakukan lompatan setinggi 4.25 meter pada Kejohanan Terbuka Negeri Sembilan, hujung minggu lalu.

Lompatan yang memberikan pingat emas buat atlit kelahiran Kuala Nerang, Kedah itu lebih baik dari catatan 4.14m dilakukannya ketika memenangi emas pada Kejohanan Terbuka Taiwan, bulan lalu.

Namun, dia yang pertama kali cuba mengatasi ketinggian 4.35m untuk melepasi syarat ke Kejohanan Dunia, gagal melepasi palang dengan jarak yang begitu hampir, tetapi tetap yakin mampu melepasinya sedikit masa lagi.

"Ia sudah begitu hampir untuk melepasi 4.35m, secara teknikal dia sudah menunjukkan peningkatan dan saya yakin ketinggian itu berada dalam jangkauan," kata jurulatih Roslinda, Manshahar Abd Jalil.

Katanya, walaupun hanya menyertai dua kejohanan setakat ini, anak buahnya itu sudah banyak menunjukkan peningkatan dan dia kini dalam perancangan untuk menghantar Roslinda dan dua lagi atlit ke Terbuka Filipina minggu depan.

Menurutnya kejohanan di sana akan berlangsung dari 8-12 Mei tetapi dia masih belum pasti sejauh mana tahap kompetitif kejohanan itu tetapi dikhabarkan ramai antara jaguh-jaguh dari rantau ini akan menyertainya.

Roslinda, menurut Manshahar, dijangka dihantar untuk menyertai lima atau enam kejohanan bagi memberikannya ruang bagi meningkatkan prestasi seterusnya mampu mencapai ketinggian 4.35m untuk layak secara merit ke Kejohanan Dunia di Berlin, Ogos ini.

Catatan terbaik Roslinda ialah 4.40m yang juga rekod kebangsaan dilakukannya pada Kejohanan Mataro di Sepanyol pada 2006 tetapi sehingga kini, dia masih gagal menyamai catatan itu.

Bagaimanapun, Manshahar berkata, dia dalam proses perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) bagi menghantar Roslinda ke Eropah.

"Jika menjadi kenyataan, dia akan ke sana pada penghujung Mei ini," katanya sambil menegaskan dia mahu Roslinda lebih menyerlah pada Kejohanan Trek dan Balapan Asia (ATF) di China pada November selain Sukan Sea serta Komanwel, tahun depan.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...