KUANTAN, 28 Mei (Bernama) -- Datuk Lee Chong Wei kini hanya selangkah lagi untuk merangkul gelaran hatrik juara Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Proton Terbuka Pahang setelah menundukkan Kuan Beng Hong dalam saingan separuh akhir acara lelaki di Stadium Sukan Pahang (SUKPA) di sini Khamis.
Chong Wei yang merupakan pilihan utama kejohanan menundukkan Beng Hong 21-8, 21-8 dalam masa 27 minit untuk ke perlawanan akhir.
Dalam perlawanan akhir esok, pemain nombor satu dunia itu akan berdepan dengan Chan Kwong Beng yang berjaya menewaskan Mohd Roslin Hashim 24-22, 21-19 dalam masa 50 minit.
Dalam acara perseorangan wanita, Sannatasah Saniru layak perlawanan akhir selepas berjaya menewaskan Stephanie Shalini Sukumaran 21-15, 17-21, 21-18 manakala lawannya Lydia Cheah Li Ya menewaskan Tee Jing Yi 21-17, 21-16.
Bagi acara beregu lelaki, pasangan veteran Choong Tan Fook/Lee Wan Wah mara ke perlawanan akhir selepas berjaya menewaskan pasangan Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong 17-21, 21-19, 21-17.
Pada perlawanan akhir mereka akan bertemu pasangan Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari/Mohd Zakry Ab Latif yang hari ini menewaskan pasangan Chan Chong Ming/ Chew Choon Eng 21-16, 19-21, 21-13.
Untuk acara beregu wanita, pasangan Goh Liu Ying/Nairul Suhada Abdul Latif mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan pasangan Ng Paou Leng/ Woon Khe Wei 23-21, 18-21, 21-18 manakala lawannya Amelia Anscelly/Lim Yin Loo menewaskan Ng Hui Lin/Vivian Hoo Kah Mun 21-18, 18-21, 21-13.
Acara beregu campuran menyaksikan pasangan Mohd Lutfi Zaim/Lim Yin Loo mara ke perlawanan akhir selepas berjaya menewaskan pasangan Mohd Razif Latif/Woon Khe Wei 18-21, 20-22, 25-23 manakala lawannya Lim Khim Wah/Ng Paou Leng pula menewaskan pasangan Koo Kien Kiat/Ng Hui Lin 19-21, 21-11, 21-15.
-- BERNAMA
sukankini.blogspot.com
Comments
Post a Comment