Skip to main content

Delegasi luar negara jalani saringan ketat H1N1


ABDUL Ghani Othman (kanan) turut meninjau persiapan menjelang Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru, semalam.

UTUSAN

JOHOR BAHRU - Kesemua pegawai, jurulatih dan pemain luar negara yang menyertai Kejohanan Hoki Remaja Dunia 2009 di Stadium Hoki Taman Daya di sini perlu menjalani pemeriksaan ketat penyaringan wabak influenza A (H1N1).

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Md. Jais Sarday berkata, ia penting bagi memastikan wabak selesema babi tidak menular ke negara ini kerana kebanyakan ahli delegasi berasal dari negara yang disahkan mencatatkan kes penyakit itu.

Tegasnya, pemeriksaan itu dijalankan di tiga lokasi iaitu Lapangan Terbang Changi, Singapura; di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta di hotel penginapan mereka di Puteri Pan Pacific di sini.

"Sewaktu berada di sini, mereka akan dikuarantin di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) jika didapati dijangkiti H1N1.

"Kita tidak boleh berkompromi dalam hal ini terutamanya bagi negara yang mempunyai kes H1N1," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau perkembangan persiapan kejohanan itu di Stadium Taman Daya di sini semalam.

Kejohanan itu yang akan diadakan bermula 7 hingga 21 Jun ini dianjurkan secara bersama antara Malaysia dan Singapura.

Sebanyak 20 pasukan menyertainya dan dibahagikan kepada empat kumpulan dengan Malaysia diletakkan dalam kumpulan C bersama England, Korea, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Kumpulan A terdiri daripada Argentina, Belgium, Mesir, Pakistan dan Rusia manakala kumpulan B melibatkan Australia, Chile, Jerman, Jepun dan Afrika Selatan.

Kumpulan D pula terdiri daripada India, Belanda, New Zealand, Poland dan Singapura.

Pusingan pertama yang melibatkan kumpulan B dan D akan diadakan di Stadium Seng Kang, Singapura manakala pusingan pertama bagi dua lagi kumpulan diadakan di Stadium Hoki Taman Daya.

Pusingan seterusnya akan diadakan di sini manakala perasmian diadakan di Singapura pada 5 Jun ini.

Md. Jais berkata, tahap keselamatan kesemua jurulatih, pegawai dan pemain dalam kejohanan itu adalah terjamin malah anggota polis turut ditempatkan di hotel penginapan mereka.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang turut melakukan tinjauan di tempat yang sama selepas itu, menyatakan beliau berpuas hati dengan perkembangan persiapan yang dijalankan.

"Johor telah bersedia untuk menganjurkan Kejohanan Hoki Remaja Dunia 2009 ini.

"Kejohanan ini juga akan menjadikan Johor sebagai salah satu destinasi kejohanan sukan bertaraf dunia," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’

Saya setuju. We are working on more coaches! “ @ManOlimpik : Malaysian junior athletes are just too ‘lembik’ http://t.co/7D7wmHWaNy ” — Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 10, 2014 The benchmark. Can our junior athletes train as hard as Malaysia's world No.1 badminton player, Lee Chong Wei? “IT IS okay lah. The training is not too bad lah. I will try lah … Wah, so hard lah today.” These are some of the common statements I hear from our juniors nowadays. It is not only in badminton. It is the easy-going, laid-back attitude and lack of competitiveness at grassroots level that we have problems producing quality players. I have travelled quite a bit. After ending my decade-long career with the national team, I went to play in the league in Europe. It’s different there. The European athletes know what they want. And they do it with real focus. Even the young ones possess admirable self-control and show a high level of commitment. During my time in the ...

Organising Major Sports Events Can Inspire Sports Culture Among The People - Khairy

PUTRAJAYA, June 5 (Bernama) -- Organising major sports events can help inspire sports culture among the people and ensure a healthy lifestyle said Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin. Khairy said the Tour of Malaysia cycling race organised since 1963, for example, can encourage more people to take the sport in a more competitive way or just for recreation purposes. "A study carried out by a world renown medical journal, The Lancet, revealed that 61 percent of adults in Malaysia do not engage themselves in active sports. "A study by the Health Ministry revealed that only 25 percent of Malaysians exercise," he said in his speech when launching the 2013 Tour of Malaysia (Jelajah Malaysia) at the Youth and Sports Ministry, here, Wednesday. "Cycling, though not as popular here as in countries like Denmark, the activity is becoming popular among the people as can be seen through an increase in sale of bicycles for recreation," he sa...

Sports press clippings on the 24 April 2008

Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob (centre) speaks to athletes after giving away the Olympic qualifying incentives in Putrajaya yesterday. — Pic: RAMDZAN MASIAM Thomas Cup Equally Important, Says Ismail PUTRAJAYA, April 23 (Bernama) -- Although Malaysia want badly a badminton gold at the Beijing Olympics in August, winning the Thomas Cup in Jakarta in May is equally important, said Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob. "My ministry deems all events participated by the national badminton squad as important including the Thomas Cup, which Malaysia last won in 1992. "Statements made that the Beijing Olympics takes precedence over other events is not the position of the ministry," he told reporters at his office here today. Ismail said no matter what events Malaysians competed, seeking glory for the nation should be the overriding priority. He said this when asked to comment on remarks by national badminton chief coach Yap Kim Hock on...