Skip to main content

MB puas hati persiapan Hoki Piala Dunia Remaja

Oleh Rizar Mohd Noor
bhsukan@bharian.com.my

JOHOR sudah bersedia menjadi tuan rumah terbaik Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2009 yang menyingkap tirai pada 7 sehingga 21 Jun ini.

Keyakinan itu terbit daripada nada suara Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang nyata berpuas hati dengan perkembangan terkini persiapan penganjuran sukan hoki bertaraf dunia tatkala melakukan lawatan singkat ke Stadium Hoki Taman Daya, petang semalam.

Beliau berpendapat betapa tempoh singkat yang diberi untuk memastikan segala kemudahan, terutama padang kedua seperti yang ditetapkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) sudah siap sepenuhnya dan tidak akan timbul masalah untuk pasukan yang bakal beraksi di gelanggang berkenaan.

“Dalam tempoh tiga bulan padang kedua yang membabitkan perbelanjaan RM5.6 juta sudah siap malah saya amat berpuas hati terutama kerja-kerja pembinaan itu begitu cekap dan yakin semua akan siap sepenuhnya dalam masa dua atau tiga hari lagi.

“Matlamat utama adalah ingin sekali lagi memastikan Johor menjadi tuan rumah yang terbaik selepas berpengalaman pada penganjuran sukan bertaraf antarabangsa dan saya yakin keperluan dari aspek teknikal terutama kepada pasukan beraksi dan pegawai kejohanan menepati kehendak masing-masing,” katanya.

Abdul Ghani menambah betapa kapasiti tempat duduk untuk kedua-dua gelanggang mampu memuatkan sehingga 2,500 penonton manakala jumlah perbelanjaan untuk kos pembinaan stadium dan penganjuran hampir mencecah RM23 juta.

Katanya, pembinaan stadium utama adalah RM16 juta dan untuk padang kedua yang memiliki padang rumput tiruan bermutu tinggi bernilai RM5.6 juta selain perbelanjaan penganjuran yang membabitkan RM1 juta.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Md Jais Sarday yang melakukan lawatan pada sebelah pagi turut berpuas hati dengan status stadium itu malah memaklumkan sejumlah 1,000 kain rentang dan tiga papan iklan sudah dipasang di sekitar jalan-jalan utama di Johor Bahru.

“Bagi memastikan kelancaran kejohanan hoki bertaraf dunia, sejumlah 300 pegawai dan sukarelawan akan terbabit selain penubuhan pasukan sorak yang terdiri dari pelajar sekolah bakal memeriahkan lagi saingan hoki itu,” kata Md Jais.


Comments

Popular posts from this blog

Rajagobal Let Off The Hook

PETALING JAYA, April 24 (Bernama) -- National head coach Datuk K. Rajagobal was let off the hook by the Football Association of Malaysia's (FAM) Disciplinary Committee after finding no evidence that he had violated FAM's Article 88, as claimed. FAM Disciplinary Committee chairman Datuk Taufik Abdul Razak said the committee had decided not to charge Rajagobal after carefully analysing the video of the post-match press conference by the 56-year-old coach. "After listening to the recording of the post-match press conference, we decided to drop the charge against Rajagopal as he did not make such a statement. "Maybe his (Rajagobal) assessment and comments of the match was misconstrued by the media. There was no mention of the FAM policy throughout his comments," said Taufik after emerging from a three-hour Disciplinary Committee meeting at Wisma FAM in Kelana Jaya, here, Wednesday. Rajagobal who does not mince his words when asked to com...

Atlet Tempuhi Empat Kejohanan Besar Sebelum Olimpik Rio 2016

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Empat temasya sukan penting yang dijadual berlangsung mulai Disember ini hingga 2015 menjadi medan persiapan atlet negara sebelum menghadapi cabaran Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Jumaati. Kejohanan berkenaan ialah Sukan SEA di Myanmar pada Disember, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland dan Sukan SEA 2015 di Singapura. Bercakap kepada pemberita selepas melawat Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil di sini, Khairy berkata kesemua temasya sukan itu dilihat amat penting dalam memastikan impian negara untuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama menjadi kenyataan. "Kita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun MSN akan memastikan semua atlet mendapat bantuan sewajarnya dalam melakukan persiapan ke arah membawa pulang pingat emas pertama negara di Rio de Janeiro, Brazil nanti," katanya. Dalam perkemb...

Uber Cub: Malaysian squad Can Spring A Surprise - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, April 29 (Bernama) -- Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek remains confident that the national Uber Cup squad can spring a surprise when Malaysia hosts the Thomas and Uber Cup finals at the Putra Stadium in Bukit Jalil from May 9-16. He said despite not being the favourite, the women's team was able to surprise everyone by winning the gold medal at the Laos SEA Games. "I am confident they (Uber Cup team) will be able to produce a similar surprise. Not only are they capable of reaching the semi-final, they can go further," he told reporters after having lunch with national shuttlers here Thursday. National badminton Team manager Datuk Syed Abu Bakar Abdullah who echoed the minister's confidence said: "In Laos, nobody expected the women's team to win the world, so why not the Uber Cup? All they need to do is try their very best." Women's team captain Wong Pei Tty said she and her team-mates have set a target of r...